• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • hadis 40.png
  • tgf_202204111335_0001.jpg
  • edf_202204111336_0001.jpg
DISCOUNT 15%

[PUSTAKA AL-EHSAN] HADIS 40-IMAM AN-NAWAWI

RM 11.05
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: PUSTAKA AL-EHSAN

Penyusun: MOHD AIMAN AZ ZUHAIRI

Disemak Oleh: USTAZ MOHD FAEZ


KANDUNGAN

KATA PENGANTAR PENERBIT

MUKADDIMAH

HADIS 1: SETIAP AMALAN BERGANTUNG KEPADA NIAT

HADIS 2: ISLAM, IMAN DAN IHSAN

HADIS 3: RUKUN ISLAM DAN DASAR-DASARNYA YANG AGUNG

HADIS 4: TAHAP PENCIPTAAN MANUSIA DAN AMALAN TERAKHIRNYA

HADIS 5: MELENYAPKAN KEMUNGKARAN DAN MELENYAPKAN BID'AH

HADIS 6: HALAL DAN HARAM

HADIS 7: AGAMA ADALAH NASIHAT

HADIS 8: KEHORMATAN SEORANG MUSLIM

HADIS 9: MENGAMBIL YANG MUDAH DAN MENINGGALKAN YANG SUSAH

HADIS 10: TIDAK DITERIMA KECUALI YANG BAIK

HADIS 11: MELAKSANAKAN YANG DIYAKINI DAN MENINGGALKAN YANG DIRAGUKAN

HADIS 12: MNYIBUKKAN DIRI SENGAN SESUATU YANG BERMANFAAT

HADIS 13: PERSAUDARAAN, IMAN DAN ISLAM

HADIS 14: KESUCIAN SEORANG DARAH MUSLIM

HADIS 15: SIFAT-SIFAT KEIMANAN (PERKARA YANG BAIK, MEMELIHARA HAK TETAMU DAN JIRAN TETANGGA )

HADIS 16: JANGAN MARAH DAN BAGIMU SYURGA

HADIS 17: BERBUAT IHSAN DALAM SEGALA HAL

HADIS 18: TAKWA KEPADA ALLAH DAN AKHLAK TERPUJI

HADIS 19: PERTOLONGAN DAN PENJAGAAN ALLAH

HADIS 20: MALU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

HADIS 21: ISTIQAMAH DAN IMAN

HADIS 22: JALAN MENUJU SYURGA

HADIS 23: SETIAP KEBAIKAN ADALAH SEDEKAH

HADIS 24: LARANGAN BERBUAT ZALIM

HADIS 25: LUASNYA KURNIAAN DAN RAHMAT ALLAH

HADIS 26: MENDAMAIKAN MANUSIA DAN BERLAKU ADIL DI ANTARA MEREKA

HADIS 27ANTARA KEBAIKAN DAN DOSA

HADIS 28: KOMITMEN DENGAN SUNNAH DAN MENJAUHI BID'AH

HADIS 29: PINTU-PINTU KEBAJIKAN

HADIS 30: BATAS-BATAS ALLAH DAN YANG DIHARAMKANNYA

HADIS 31: HAKIKAT ZUHUD DAN BUAHNYA

HADIS 32: MENGHILANGKAN KEMUDHARATAN DALAM ISLAM

HADIS 33: DASAR-DASAR HUKUM DALAM ISLAM

HADIS 34: MEMBANTERAS KEMUNGKARAN ADALAH KEWAJIPAN ISLAM

HADIS 35: PERSAUDARAAN ISLAM DAN HAK-HAK MUSLIM

HADIS 36: BERBAGAI BENTUK KEBAJIKAN YANG DIANJURKAN

HADIS 37: KEADILAN ALLAH TAALA, KURNIANYA DAN KEKUASAANNYA

HADIS 38: SARANAN UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DAN MERAIH CINTANYA

HADIS 39: MENGHILANGKAN KESULITAN DALAM ISLAM

HADIS 40: MEMANFAATKAN DUNIA UNTUK KESELAMATAN DI AKHIRAT

HADIS 41: MENGIKUTI SYARIAT ALLAH ADALAM TIANG KEIMANAN

HADIS 42: LUASNYA PENGAMPUNAN ALLAH

BIOGRAFI RINGKAS PARA PERAWI HADIS DI ZAMAN SAHABAT

______________________________________________________________________

HADIS 7: AGAMA ADALAH NASIHAT


Diriwayatkan dari Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus Ad-Dari r.a bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: "Agama itu nasihat." Kami bertanya. "Terhadap 


Nasihat adalah kata untuk mengungkapkan keinginan agar terwujudnya kebaikan pada pihak yang dinasihati. Asal kata nasihat menurut bahasa adalah keikhlasan, seperti nashatul 'asal jika saya menyaringnya dari kotoran-kotoran dan membersihkannya. Dikatakan juga nasaha ar-rajul tsaubahu jika sesorang lelaki menjahit bajunya, maka orang yang menasihati diserupakan dengan orang yang memperbaiki pakaian.

siapa?" Dia bersabda: "Terhadap Allah, terhadap kitabNya, terhadap RasulNya, terhadap pemimpin kaum Muslimin dan terhadap kaum awam mereka"


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Iman (Bab: Penjelasan bahawa agama adalah nasihat) nombor 55. Hadis ini hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim sendirian. Imam An-Nawawi berkata: "Dalam kitab Shahih Al-Bukhari tidak ada riwayat Tamim Ad-Dari dari Nabi saw, sedang dalam kitab Shahih Muslim hanya pada bab ini, tidak pada tempat lainnya."


Kedudukan Hadis 


Hadis ini merupakan hadis yang ringkas dan padat yang merupakan ciri khusus Rasulullah SAW dalam berbicara, iaitu kalimah yang ringkas tetapi merangkumi erti yang luas dan faedah yang tinggi sehingga kita melihat bahawa seluruh sunnah dan hukum syariat, baik yang dasar mahupun yang cabang terangkum dalam hadis ini.


Your cart is currently empty.
Continue shopping