Terbitan: PUSTAKA AL-EHSAN
Penulis: MOHD MUHAIMIN AZ-ZAHIR
Terbitan: PUSTAKA AL-EHSAN
Penulis: MOHD MUHAMIN AZ-ZAHIR
KANDUNGAN
Prakata
BAB 1
Panduan Puasa Ramadan
Pengertian Puasa
Puasa Yang Disyariatkan
Kelebihan Bulan Ramadan
Kelebihan dan Kebesaran Puasa di Bulan Ramadan
Tingkatan Puasa
Syarat Wajib Puasa
Syarat Sah Puasa
Rukun Puasa
Amalan Sunat Ketika Puasa Ramadan
Perkara Yang Membatalkan Puasa
Perkara yang Makruh Dilakukan Ketika Berpuasa
Orang yang Diharuskan Berbuka
Hukum Meninggalkan Puasa
Adab-adab Berpuasa
Hukum Bersetubuh Ketika Puasa Ramadan
BAB 2
Iktikaf & Lailatul Qadar
Kelebihan Iktikaf dalam Bulan Ramadan
Syarat Iktikaf
Rukun Iktikaf
Perkara yang Membatalkan Iktikaf
Amalan Sunat Ketika Iktikaf
Amalan Makruh Ketika Iktikaf
Mancari Saat Lailatul Qadar
BAB 3
Solat Tarawih
Pengenalan Solat Tarawih
Praktikal Solat Tarawih 20 Rakaat
Bacaan Surah-Surah
Bacaan Selepas Salam
BAB 4
Solat Witir
Solat Witir
BAB 5
Panduan Hari Raya & Zakat Fitrah
Pengertian Hari Raya
Sejarah Sambutan Hari Raya
Hubungan antara Zakat Fitrah dan Hari Raya
Kewajipan Zakat Fitrah
Syarat Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah
Kadar Zakat Fitrah
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
Penerima Zakat Fitrah
Lafaz dan Niat
Sambutan Hari Raya yang Menjadi Ibadah
Amalan Sunat di Hari Raya
Takbir Hari Raya
Lafaz Takbir
Solat Hari Raya
Cara Solat Hari Raya
BAB 6
Puasa Enam
Puasa Enam
BAB 7
Ibadah Korban
Ibadah Korban
Sejarah Korban
Hikmah Korban
Jenis-jenis Binatang yang Boleh Dibuat Korban
Binatang Korban yang tidak sah
Berkongsi Binatang Korban
Waktu Menyembelih
Cara Penyembelihan Binatang Korban
Mewakilkan Penyembelihan Korban
Pembahagian Daging Korban
Penutup
Bab 1 : PANDUAN PUASA RAMADAN
Pengertian Puasa
Puasa berasal dari bahasa Arab yang bererti menahan diri daripada sesuatu. Dari segi syarak, puasa diertikan sebagai menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, dengan syarat-syarat tertentu, disertai dengan niat.
Puasa yang Disyariatkan
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa"
(Surah al-Baqarah [2]: 183)
Puasa sudah menjadi amalan nabi-nabi serta umat-umat terdahulu. Justeru, umat Islam disyariatkan berpuasa oleh Allah SWT sebulan di dalam bulan Ramadan yang mengandungi banyak kemuliaan, bulan di mana al-Quran diturunkan, sebagaimana difirmankan Allah SWT:
Maksudnya: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
(Surah al-Baqarah [2] 185)
Ibadah puasa adalah ibadah yang dapat membina sifat takwa kepada Allah SWT. Sepanjang berpuasa, umat Islam diminta supaya tidak melakukan beberapa perkara yang dihalalkan dalam bulan-bulan lain semata-mata sebagai lambang mengabdikan dirinya kepada Allah.
Ciri-ciri sifat takwa dapat disuburkan melalui latihan mengekang kehendak-kehendak nafsu sebagai mendidik dirinya membawa amanah Allah - selaku khalifah yang penuh dengan perintah dan larangan-Nya, serta hamba yang taat beribadah kepada-Nya.
Kelebihan Bulan Ramadan
Kelebihan bulan Ramadan ialah difardukan ibadah puasa di dalamnya dan dilipatgandakan pahala amalan yang dilakukan dalam bulan ini.
Satu amalan yang baik dilakukan dalam bulan Ramadan lebih tinggi darjatnya daripada amalan yang sama yang dilakukan dalam bulan-bulan lain.
Sebuah hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah ada menerangkan beberapa keistmewaan bulan Ramadan. Antaranya, akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh