Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 8 SURAH.png
  • yhb_202204111332_0001 - Copy.jpg
  • sdf_202204111332_0001 - Copy.jpg

[PUSTAKA ILMUWAN] 8 SURAH AMALAN PILIHAN - SAIZ POKET

RM 1.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: PUSTAKA ILMUWAN

Penulis: MUHAMMAD ALI IMRAN


8 Surah Amalan Pilihan

* Al-Kahfi
* As-Sajdah
* Yassin
* Ad-Dukhan
* Ar-Rahman
* Al-Waqiah
* Al-Mulk
* Al-Insan


"Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungganya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali Imraan, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya."

(Hadis Riwayat Muslim)


"Umpama orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al-Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit". 

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).


KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI


Malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.


Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).”
 (Riwayat ad-Darimi)


Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.”
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.”
(Riwayat Muslim)


Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”


KELEBIHAN BAGI MEREKA YANG MEMBACA SURAH AS-SAJDAH


1. Membela mereka yang mengamalkannya dalam mengharungi seksa kubur.

2. Dijauhi daripada syaitan

3. Wajah mereka yang mengamalnya akan bercahaya sewaktu meninggal dunia

4. Merupakan sunnah Rasulullah untuk membacanya pada Subuh Hari Jumaat

5. Mendapat perlindungan Allah SWT

6. Menguatkan Iman

7. Kesedaran mengenai Hari Kiamat

8. Menjadi orang yang lebih baik


KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN


1. Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi. 

2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin. 

3. Sesiapa membaca Surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali. 

4. Sesiapa yang membaca Surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati. 

5. Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. 

6. Sesiapa membaca Surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. 

7. Jikalau seseorang itu membaca Surah Yasin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. 

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.