• Free SHIPPING for orders over RM100 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • kita hanya kawan
  • kita hanya kawan cb
  • photo_2023-06-13_16-18-42
SALE

[RC PUBLICATION] KITA HANYA KAWAN by MIA AZWARI

RM 31.50
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: Rc Publication

Penulis: Mia Azwari


Mereka berkawan baik sejak di usia kecil. Tanpa sedar, Lana mencintai Ali. Namun yang menjadi masalah, hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Hati Lana remuk apabila Ali cuba memungkiri janji mereka untuk belajar bersama.

"Aku nak pergi sana, sebab nak dekat dengan dia".- ALI

Belum sempat Ali menunaikan impannya ke luar negara, Lana ditimpa musibah. Dan sekaligus membuatkan Ali nekad untuk menjaga Lana.

Permintaan Ali membuatkan Lana semakin dibebani rasa bersalah. Tidak mahu lelaki itu mengorbankan perasaan sendiri, dia rela berundur.

 "Kan aku janji nak tunaikan apa saja permintaan kau kalau kau sudi tolong aku."- ALI

"Nantilah aku tuntut. Tak ada tarikh luputkan?"- LANA

10 tahun memisahkan mereka berdua. Dan masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Takdir sekali lagi menemukan mereka tetapi Lana kecewa apabila Ali seolah-olah tidak mengenalinya.

Walaupun dilayan dengan dingin, Lana tetap mahu mendekati Ali sehinggalah rahsia Ali terbongkar. Dan kali ini Lana tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama Ali.

"Awak pernah cakap. takkan ada tarikh luput untuk tunaikan permintaan saya. Kita kawin."- LANA

Mampukah Ali menerima Lana yang sejak dulu dianggap sabahat? Dan adakah cinta Lana bakal ditolak sama seperti dahulu? 

Your cart is currently empty.
Continue shopping