• RAMADAN .png
  • RAMADAN (1).png
  • 1_202206111657_0002.jpg
  • 1_202206111657_0003.jpg
1
SALE

[RIMBUNAN ISLAMIK MEDIA] RAMADHAN,MAAF,KAMI SIBUK

Regular price
RM 22.41
Sale price
RM 22.41
Regular price
RM 24.90
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

TERBITAN : RIMBUNAN ISLAMIK MEDIA

TAJUK : RAMADAN MAAF, KAMI MASIH SIBUK

PENULIS : AHMAH RIFA'I RIF'AN

Ramadan, maaf, kami masih sibuk dengan kegiatan seharian. Kami jadikan kedatanganmu saban tahun  hanya sebagai ritual tahunan yang tidak bermakna.

Ramadan, maaf, kami masih sangat sibuk. Kami memang ada menyentuh al-Quran sesekali, tetapi tetap tidak sebanding dengan hebatnya hubungan kami dengan telefon pintar, gajet, dan televisyen.

Ramadan, maaf, kami masih lagi sibuk dengan urusan dunia kami. Pahala berlipat ganda yang dijanjikan tetap tidak menarik hati kami untuk berebut-rebut dalam beribadah dan berlumba-lumba dalam bersedekah. Kami lebih takut kekurangan wang untuk pulang kampung dan bercuti, berbanding rasa takut pada kemungkinan yang ini adalah Ramadan terakhir kami.

Allah, maaf, kami lebih bimbang memikirkan wang bantuan hari raya dan wang belanja, berbanding keampunan-Mu. Kami lebih mengutamakn makanan dan pakaian berbanding mendekatkan diri dengan-Mu.

Ya Allah, seandainya ini Ramadan terakhir kami, kami berharap Engkau terima ibadah kami yang tidak seberapa itu. Dan kami berdoa Engkau megampunkan dosa-dosa kami yang menggunung ini.