• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • siri 1
  • c_202208231136_0001
  • photo_2022-09-04_15-04-36
  • photo_2022-09-04_15-04-37 (2)
  • photo_2022-09-04_15-04-37
  • photo_2022-09-04_15-04-36 (7)
  • photo_2022-09-04_15-04-36 (6)
  • photo_2022-09-04_15-04-36 (5)
  • photo_2022-09-04_15-04-36 (4)
  • photo_2022-09-04_15-04-36 (3)
  • photo_2022-09-04_15-04-36 (2)
  • v_202208231136_0001
DISCOUNT 15%

[RIMBUNAN PUBLISHING HOUSE] KISAH TELADAN NABI DAN RASUL :SIRI 1

RM 21.25
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: RIMBUNAN PUBLISHING HOUSE

Penulis: EDUCA STUDIO


Buku Kisah Teladan Nabi dan Rasul (Siri 1) merupakan himpunan kisah hidup dan perjalan dakwah para nabi dan rasul. Bermula daripada peristiwa Nabi Adam a.s. dan Hawa diturunkan ke bumi sehinggalah perjalanan dakwah yang ditelusuri oleh Nabi Syu'ib a.s. terkandung dalam buku ini.

Kita dapat mengetahui pelbagai ujian yang ditempuhi oleh para nabi dan rasul semasa mereka menyampaikan dakwah. Antaranya, kisah kaum kafir yang mahu membakar nabi hidup-hidup, percubaan mengusir nabi dari kota, nabi dicampak ke dalam perigi, dan banyak lagi. Dahsyat, bukan?

Namun begitu, keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT menguatkan semangat para nabi dan rasul untuk meneruskan perjuangan dakwah mereka. Hasilnya, tersebarlah agama Islam sehingga ke hari ini. Ingin tahu lebih lanjut tentang perjuangan dakwah para nabi dan rasul kita? Mari baca buku ini!


  1. Dwibahasa - Teks dwibahasa membantu kanak-kanak menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada masa yang sama.

  2. Ilustrasi yang menarik membantu menarik minat kanak-kanak untuk terus memaca buku ini.

  3. Suku kata - Setiap perkataan dibezakan warna menurut cara pemenggalan suku kata ejaan.

  4. Kosa kata - Kosa kata pada bahagian glosari bertujuan menjelaskan definisi atau maksud sesuatu perkataan baharu kepada kanak-kanak.


KANDUNGAN

Panduan Menggunakan Buku ini

Kisah Nabi Adam a.s.

Kisah Nabi Idris a.s.

Kisah Nabi Nuh a.s.

Kisah Nabi Hud a.s.

Kisah Nabi Saleh a.s.

Kisah Ibrahim a.s.

Kisah Nabi Lut a.s.

Kisah Nabi Ismail a.s. semasa kecil

Kisah Nabi Ismail a.s. dan Ibrahim a.s. membina Baitullah

Kisah Nabi Yaakub a.s.

Kisah Nabi Yusuf a.s.

Kisah Nabi Ayub a.s.

Kisah Nabi Zulkifli a.s.

Kisah Nabi Syu'ib a.s.

Glosari


KISAH NABI ADAM A.S.


Nabi Adam a.s. adalah manusia pertama yang Allah SWT ciptakan daripada segumpal tanah liat. Allah SWT memerintahkan agar semua malaikat dan jin bersujud kepada Nabi Adam a.s. Namun, iblis tidak menurut perintah-Nya. Oleh sebab itu, iblis dihalau dari syurga.

Prophet Adam p.b.u.h was the first man Allah SWT created from a piece of clay. Allah SWT commanded the angels and jinn to bow down to Prophet Adam p.b.u.h. However, satan did not obey the command. Therefore, the devil was expelled from heaven.


Kemudian, Allah SWT menciptakan Hawa yang menjadi pasangan hidup Nabi Adam a.s. Mereka berdua dibenarkan menikmati semua yang ada di syurga. Namun, Allah SWT melarang mereka mendekati sebatang pokok dan mereka tidak boleh makan buah daripada pokok itu.

Then, Allah SWT created Hawa who became Prophet Adam's p.b.u.h. wife. They are allowed to enjoy everything that is in heaven. However, Allah SWT forbade them to come near to a tree and they were forbidden to eat fruit from that tree.


Sejak dihalau dari syurga, iblis selalu berusaha mencari peluang bagi menggugat iman Nabi Adam a.s dan Hawa. Iblis berusaha memujuk mereka supaya memetik dan makan buah daripada pokok larangan itu.

Ever since being expelled from heaven, satan has never stopped looking for opportunities to destroy Prophet Adam's p.b.u.h. and Hawa's faith. Satan tried to persuade them to pick and eat fruit from the forbidden tree.


Akhirnya, Nabi Adam a.s. dan Hawa terlupa akan larangan Allah SWT. Iblis berjaya meyakinkan mereka supaya memetik dan makan buah daripada pokok larangan tersebut. Oleh itu, Allah SWT mengeluarkan Nabi Adam a.s. dan Hawa dari syurga.

After some time, Prophet Adam p.b.u.h and Hawa forgot about Allah's SWT warning. Satan managed to persuade them to pick and eat fruit from the forbidden tree. As a result, Allah SWT asked Prophet Adam p.b.u.h. and Hawa to leave heaven.


Nabi Adam a.s. dan Hawa diturunkan ke bumi dan mereka terpisah. Ada sumber menyatakan Nabi Adam a.s. diturunkan di India dan ada juga yang menyebut baginda diturunkan di Safa. Manakala Hawa pula dikatakan turun di Jeddah dan ada yang berpendapat beliau diturunkan di Marwah. Mereka berdoa agar dapat bertemu semula.

Prophet Adam p.b.u.h and Hawa were sent down to earth and they were separated. There are some sources who mentioned that Prophet Adam p.b.u.h. was sent down to India and some said he was directed to Safa. Meanwhile, Hawa is said to descended on Jeddah and some said she was directed to Marwah. They prayed that they will reunite.


Nabi Adam a.s. dan Hawa terus mencari sesama sendiri selama bertahun-tahun. Akhirnya, Allah SWT memakbulkan doa mereka. Nabi Adam a.s. dan Hawa bertemu semula di Padang Arafah.

For many years, Prophet Adam p.b.u.h. and Hawa continued searching for one another. Finally, Allah SWT answered their prayer. Prophet Adam p.b.u.h and Hawa were reunited in Mount Arafat.


Nabi Adam a.s. dan Hawa membina kehidupan baru di bumi. Mereka sentiasa berdoa agar mendapat perlindungan daripada Allah SWT dan memohon ampun atas dosa-dosa yang mereka lakukan.

Prophet Adam p.b.u.h and Hawa then started their new life on earth. They always pray for protection from Allah SWT and seek His forgiveness for their sins.



Your cart is currently empty.
Continue shopping