Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • skil hebat matematik kssr tahun 6(20).png
  • skil hebat matematik kssr tahun 6(19).png
  • skil hebat matematik kssr tahun 6(18).png
  • skil hebat matematik kssr tahun 6(17).png
  • skil hebat matematik kssr tahun 6(16).png
  • skil hebat matematik kssr tahun 6(15).png
  • 202203131131_0002 (2).jpg
  • 202203131131_0003 (2).jpg
  • 202203131131_0005 (2).jpg
  • 202203131131_0006 (2).jpg
  • 202203131131_0008.jpg
DISCOUNT 10%

[SASBADI] - MODUL INTEGRASI DIGITAL SPM (TINGKATAN 5)

RM 8.01
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

[SASBADI] - MODUL INTEGRASI DIGITAL SPM (TINGKATAN 5)

- PERNIAGAAN

- SEJARAH

- MATEMATIK TAMBAHAN

- EKONOMI

- SAINS

Siri Integrasi Digital KSSM ini dirancang dan digubal agar menepati kehendak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Pusat (PP) baik dari segi latihan mahupun penilaian yang disediakan. Hal ini seiring dengan usaha kami untuk menyediakan bahan pembelajaran yang memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Pusat seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, kandungannya dibina berdasarkan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), buku teks, format pentaksiran, dan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

 Elemen-elemen ini digabungjalinkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), i-THINK, Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian, Matematik (STEAM), Hayati, Eksplorasi, Berfikir Aras Tinggi (HEBAT), Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM), Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), Modul Pendidikan Sivik, Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya, nota dan praktis bagi memastikan murid dapat menguasai silibus dan pelajaran. Persembahannya pula diloah secara integrasi untuk memudahkan murid memahami kesemua elemen yang diterapkan dalam siri ini.  

Siri ini turut dilengkapi dengan elemen Mesra Digital dan Mesra Google Classroom seperti video,  praktis penjajaran, praktis ekstra, audio, interaktif 3D dan sebagainya yang bersesuaian dengan transformasi pendidikan seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025. Dengan persembahan Mesra PBD, Mesra Google Classroom, Mesra Digital serta pendekatan secara dinamik, holistik, inovatif, dan kreatif ini, siri Integrasi Digital KSSM diharapkan dapat melahirkan murid yang dapat menguasai pelajaran dan kemahiran dengan elemen hibrid yang melibatkan pendekatan konvensional dan digital.

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.