• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • NOAH.png
  • noah.jpg
  • noah-back.jpg
DISCOUNT 15%

[SUARA HATI PUBLICATIONS] NOAH VANESSA JILID 2

RM 23.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: SUARA HATI PUBLICATIONS

Penulis: AISYAHROS


Kini, separuh hati Vanessa telah menerima kewujudan Tuhan yang Maha Esa. Harapan disandarkan kepada Tuhan. Tali Allah yang ingin dipegangnya dipimpin bersama Noah. Dia akui, dia dapat merasakan kemanisan dalam mengenali Allah Yang Maha Esa dan agama Islam. 

Namun, tragedi yang berlaku akibat 'sumpahan' dalam hidupnya itu telah meranapkan harapannya yang disandarkan kepada Tuhan. 

"Saya percaya Tuhan awak ataupun tidak, ia tetap tak akan ubah sumpahan yang ada dalam hidup saya."— Vanessa Willians

"Vanessa, ianya bukan salah awak. Tolonglah, Vanessa. Stop blaming yourself on something you don't even do."— Noah Q'Darrien Lee 

Ujian hidup Vanessa kali ini bukanlah boleh dihadapinya seperti sebelum ini. Ujiannya kali ini sangat berat! Ujian yang perlu dia hadap atas nama dua kebenaran. 

"Pak cik lakukan ini untuk kamu, Vanessa. Tolong jangan benci pak cik." — Tuan Daniel Black 

Di mana silapnya? Bukankah harapan kepada Tuhan itu memang seharusnya setinggi langit? "Lilian ini terlampau berat untuk aku. Kenapa bagi pada aku?"— Vanessa Willians


PETIKAN BAB 1



HARI ini sudah masuk hari ketiga Vanessa menikmati cuti tanpa gaji yang diberikan pihak Hospital Queen Derin kepadanya. 

Bosan? 

Tiada perkataan bosan dalam hidup Vanessa. Hidup seorang Vanessa dipenuhi dengan membaca buku, menelaah buku, mengulang kaki buku dan mendalami ilmu yang ada di dalam buku. 

Hampir seharian Vanessa akan meluangkan masa di perpustakaan rumahnya yang menempatkan beratus jenis buku pelbagai genre. Kebanyakan buku yang dia miliki ialah buku fakta dan berkaitan ilmu sains dan perubatan kedoktoran. 


A house that has a library in it has a soul.

ltulah pepatah seorang ahli falsafah Yunani bernama Plato. Buku ialah nyawa Vanessa, nyawa Vanessa ialah buku. Itu tidak dapat dipisahkan. 

Namun kali ini, buku yang Vanessa baca bukanlah genre yang sering dia dalami. Malah, ini ialah kali pertama dia mendalami genre tersebut. Ketuhanan. 

"Baca buku ini, Vanessa. Saya yakin ianya akan tambahkan lagi keyakinan dalam hati awak terhadap Islam." 

Islam dan Sains, karya Profesor Doktor Rusydi Ar-Radhi bin Saad Al-Hakim. Buku itu Noah berikan kepadanya pada hari terakhir sebelum dia memulakan cutinya. 


Vanessa meletakkan pen di atas meja sebelum dia meraup wajahnya. Nafas panjang ditarik sebelum dilepaskan dengan perlahan. Kemudian, dia memandang  semula ke arah mejanya yang penuh dengan buku-buku yang berselerak. .

"Macam tengah buat PhD," gumam Vanessa perlahan.

Buku yang Noah berikan padanya itu memang membawa Vanessa ke suatu dunia Yang baru, yang tak pernah dia jejaki sebelum ini. 

Dengan buku Islam dan Sains itu sahaja sudah membuatkan Vanessa mencari semula buku-buku yang ada kaitan tajuk dan topik yang diketengahkan di dalam buku tersebut. Dia ingin memeriksa kesahihan buku Islam dan Sains tersebut.

Ternyata semua itu benar. Semua yang dinyatakan di dalam kitab orang Islam berkaitan perubatan dan kejadian alam.... kesemuanya tepat dan tidak terpesong walaupun sedikit. 

Jika ingin dihuraikan satu demi satu, satu jilid buku pun tidak mencukupi. 

Mulut Noah masin. Hatinya semakin terpaut pada Islam, agama kebenaran. 

"Dia akan bawa kamu ke dunia yang pentili dengan kebenaran yang sebenar dan kamu juga akan dibongkarkan dengan satu per satu perkara yang kamu tak pernah tahu. Kamu akan selamatkan ibu, Vans. Tolong selamatkan ibu.

" Vanessa merehatkan tangannya di atas meja. Sehingga sekarang, dia masih belum dapat memahami maksud ayat terakhir yang ibunya katakan dalam mimpinya itu.

 Tolong selamatkan ibu. 

Apa maksudnya itu? Kenapa perlu ada perkataan `selamatkan' dalam bicara itu? Adakah ibunya memerlukan bantuan? Bantuan apa? 

Tiba-tiba, telefon pintar yang terletak di atas timbunan buku di sebelah kanan meja itu berdering. Lamunan Vanessa terus menemui titik noktah dan dia mencapai telefon pintarnya itu. Panggilan video daripada Lara segera dijawab. Kemudian, Vanessa mematikan kameranya, dibuka loud speaker sebelum diletakkan semula di atas meja. 

"Doktor!" panggil Leon dengan kuat di hujung talian.

"Kau tertelan mikrofon ke waktu kecil?" celah Sean, menegur tingkah Leon itu. 

Vanessa tersenyum kecil mendengar bicara mereka di hujung talian.

Your cart is currently empty.
Continue shopping