• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 15 kisah
  • photo_2022-10-03_14-25-15
  • photo_2022-10-03_14-25-16
  • photo_2022-10-03_14-25-16 (2)
  • photo_2022-10-03_14-25-16 (5)
  • photo_2022-10-03_14-25-16 (4)
  • photo_2022-10-03_14-25-16 (3)
DISCOUNT 15%

[TELAGA BIRU] 15 KISAH SRIKANDI HEBAT ISLAM

RM 22.95
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: TELAGA BIRU

Penulis: AHMAD SHAMIL SHAHRIN


Merupakan sekuel kepada Siri Permata Umat yang telah diterbitkan sebelum ini. Buku yang berjudul 15 KISAH SRIKANDI HEBAT ISLAM ini berkhususkan penceritaannya tentang tokoh-tokoh wanita Islam silam atau juga dikenali sebagai srikandi Islam. Apa yang menarik, ia dipersembahkan dengan cara yang santai dan berilustrasi. Sesuai dengan judulnya, buku ini mengandungi sebanyak 15 kisah tentang tokoh-tokoh wanita Islam baik yang hidup sebelum zaman Nabi Muhammad SAW dan juga yang hidup pada zaman Baginda. Kesemua kisah mereka ini digarap daripada sumber-sumber yang berautoriti seperti al-Quran, hadis dan juga kitab-kitab sirah yang muktabar.


SIAPAKAH YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI?

  • Pelajar yang membuat tugasan berkaitan sejarah Islam
  • Pengkaji yang ingin mendapatkan terjemahan kisah tokoh-tokoh srikandi Islam daripada kitab muktabar
  • Pembaca umum yang belum mengenali tokoh-tokoh srikandi Islam



KANDUNGAN

Kata Penerbit

Kata Penulis

Srikandi 1: KHADIJAH BINTI KHUWAILID
Muslimah Pertama

Srikandi 2: ASIAH BINTI MUZAHIM
Isteri Firaun Berhati Kental

Srikandi 3: MASYITAH
Isteri Bendahara Firaun yang Beriman

Srikandi 4: MARYAM BINTI IMRAN
Ibu Nabi Isa

Srikandi 5: SAFIYYAH BINTI ABDUL MUTTALIB
Wanita pertama Mengangkat Senjata

Srikandi 6: SUMAYYAH BINTI KHABAT
Wanita Pertama Syahid

Srikandi 7: ZINNIRAH AL-RUMIYYAH
Matanya Kembali Melihat

Srikandi 8: HAJAR
Ibu bangsa Arab

Srikandi 9: UMMU SALAMAH
Wanita pertama Berhijrah ke Habsyah

Srikandi 10: ZAINAB BINTI RASULULLAH
Meninggal Dunia saat Ayahandanya Masih Hidup

Srikandi 11: NUSAIBAH BINTI KA'AB
Mengejar Pahala Jihad

Srikandi 12: ASMA' BINTI ABU BAKAR
Pemilik Dua Tali Pinggang

Srikandi 13: AL-KHANSA'
Kesemua Anaknya Syahid

Srikandi 14: UMMU HARAM
Menyertai Angkatan Laut Islam Pertama

Srikandi 15: RABI'AH AL-ADAWIYAH
Ikon wanita Sufi



Srikandi 1: KHADIJAH BINTI KHUWAILID
Muslimah Pertama


BIODATA

Nama: Khadijah binti Khuwailid
Gelaran: Al-Tahirah (wanita suci)
Kunyah: Ummul Mukminin, Ummu al-Qasim dan Ummu Hindun
Nama Bapa: Khuwailid bin Asad
Nama Ibu: Fatimah binti Zaidah
Butiran Kelahiran: 68 tahun sebelum Hijrah / 556 M
Tempat Kelahiran: Makkah
Suami: - Abu Halah al-Nubasy (meninggal dunia)
            - A'tiq bin Aa'id (meninggal dunia)
            - Muhammad bin Abdullah SAW
Anak: Qasim, Abdullah, Zainab, Ummu Kultsum, Ruqayyah dan Fatimah
Butiran Kematian: Tiga tahun sebelum Hijrah / 619 M. 65 tahun Hijrah
Tempat Meninggal Dunia: Makkah. Dikebumikan di Tanah Perkuburan al-Mu'allah


USAHAWAN WANITA

Sayidatina Khadijah ialah seorang usahawan wanita. Namun, beliau tidak terlibat secara langsung dalam perniagaannya. Sebaliknya, beliau mengupah seorang lelaki yang dipercayainya untuk menguruskan perniagannya.

Ketika mendengar khabar tentang seorang pemuda bernama Muhammad bin Abdullah dan keperibadiannya yang jujur, sangat amanah dan berakhlak mulia, beliau bersa tertarik untuk menawarkan tawaran menguruskan perniagaan kepada pemuda tersebut. "Aku memilih kamu berdasarkan apa yang telah aku dengar tentang kebenaran tutur bicaramu, sifat amanahmu dan kemuliaan akhlakmu," kata Khadijah kepada Muhammad.

Your cart is currently empty.
Continue shopping