• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • hukum
  • photo_2022-10-03_12-22-30
  • photo_2022-10-03_12-22-31
  • photo_2022-10-03_14-08-50 (2)
  • photo_2022-10-03_14-08-50
DISCOUNT 15%

[TELAGA BIRU] HUKUM–HAKAM SOLAT BERJEMAAH

RM 24.65
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: TELAGA BIRU

Penulis: DR. MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR


Huraian daripada Kitab-kitab Turats Mazhab al-Syafii


Buku ini ditulis dengan pendekatan yang ringkas dan mudah difahami berkenaan hukum-hakam yang berkait dengan solat berjemaah. Memandangkan solat dituntut untuk didirikan secara berjemaah khususnya solat fardu, maka seharusnya isu-isu dan persoalan-persoalan berkaitan dengan hukum-hakamnya difahami dengan baik tidak kira bagi pihak imam mahupun makmum.

Inisiatif ini bagi menjadikan solat berjemaah kita benar-benar menepati hukum syarak serta paling utama mendapat ganjaran pahala berjemaah daripada Allah SWT.


KELEBIHAN BUKU INI


Ditulis bersumberkan rujukan kitab-kitab muktabar dalam mazhab Syafii berkaitan solat berjemaah.

Ditulis dengan gaya bahasa yang ringkas dan tuntas tanpa meleret-leretkan perbahasan yang kurang penting.

Disertakan gambar fotografi bagi situasi-situasi terpilih yang dibincangkan dalam buku ini bagi memudahkan pemahaman.



SIAPAKAH YANG PERLU MEMBACA BUKU INI?


Ketua keluarga yang memimpin solat berjemaah di rumah.

Para asatizah dan pengkuliah agama di masjid dan surau

Para imam yang dilantik untuk bertugas di masjid dan surau.

Pembaca awam yang mendirikan solat berjemaah.



DR. MOHAMMAD NIDZAM BIN ABDUL KADIR 

  • Berkelulusan Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar (1998 - 2000)
  • Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2002 - 2004)
  • Doktor Falsafah dari Universiti Malaya (2014)
  • Bidang kajiannya memfokuskan maqasid syariah, hubungan etnik dan interaksi Muslim dengan golongan bukan Muslim.
  • Kini, berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.


ISI KANDUNGAN

Kata Penerbit

Kata Penulis

BAB 1: SOLAT BERJEMAAH
- Kelebihan Solat Berjemaah
- Hukum Solat Berjemaah
- Solat Sendirian Lebih Khusyuk
- Rukhsah Meninggalkan Solat Berjemaah
- Kewajipan Mengikut Imam
- Imam hendaklah Meringankan solat
- Arahan Pihak Berkuasa dalam Aspek Solat Berjemaah

BAB 2: PERMULAAN SOLAT BERJEMAAH
- Laungan Azan
- Memasuki Masjid Semasa Azan
- Permulaan Iqamat
- Waktu Makmum Berdiri untuk Solat Berjemaah
- Makmum Tidak Pasti Keadaan Imam
- Bacaan Semasa Iqamat
- Membetulkan Saf
- Tidak Tergesa-gesa
- Apabila Sudah Iqamat Maka Tiada Solat Sunat


BAB 3: IMAM DAN MAKMUM
- Imam Solat
- Makruh Berimamkan Individu yang Waswas
- Imam dibenci oleh Para Makmum
- Imam Dibenci oleh Para Makmum
- Imam Fasiq
- Imam Bertayammum
- Imam dan Makmum Berbeza Mazhab dan Politik
- Imam Wanita, Makmum Lelaki
- Jantina Imam dan Makmum
- Anak Zina sebagai Imam
- Kanak-kanak sebagai Imam
- Orang Buta sebagai Imam
- Berjemaah antara Tamam Solat dengan Qasar Solat
- Imam duduk kerana Tidak Mampu berdiri
- Kedudukan Imam dan Makmum
- Susunan Para Makmum
- Niat Berjemaah
- Tidak sah bagi Makmum Bertakbiratul Ihram Serentak dengan Imam
- Fadilat Takbir Sejurus Selepas Takbir Imam
- Makmum mendahului Imam
- Imam Bertakbir Secara Salah
- Imam menyaringkan Bacaan
- Doa Iftitah
- Bacaan Surah al-Fatihah
- Diajar Surah al-Fatihah semasa Solat
- Adakah Makmum Membaca Doa Iftitah Apabila Imam sudah Membaca Surah al-Fatihah?
- Imam tidak membaca Surah al-Fatihah
- Solat Imam tidak sah
- Bacaan Imam yang tidak lancar
- Bacaan al-Fatihah bagi Makmum
- Hukum mengulangi surah al-Fatihah
- Basmalah dalam Surah al-Fatihah
- Bacaan Doa sebelum Amin
- Bacaan Amin
- Lima Saktah dalam Solat
- Makmum terlambat mengikut Imam
- Makmum lebih awal habis membaca surah al-Fatihah
- Makmum membaca surah al-Fatihah bersama Imam
- Masbuk
- Masbuk dalam Solat Jenazah
- Bacaan Surah
- Membaca surah dengan Melihat Mashaf
- Imam terlupa ketika membaca surah al-Fatihah
- Imam menunggu Makmum
- Imam dalam rukuk semasa Makmum memulakan solat
- Bacaan semasa Iktidal

Your cart is currently empty.
Continue shopping