• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 270 hari perempuan melayu
  • 270 hari perempuan melayu cb
  • photo_2022-11-15_14-27-51
  • photo_2022-11-15_14-27-49

[THE BIBLIO] 270 HARI PEREMPUAN MELAYU DI AFRIKA

RM 29.75
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: The Biblio

Penulis: Nora Jane Wahab 

"Hidup ini ada batasnya, tetapi kita tidak boleh menjadi manusia yang terikat dan terkurung kerana batas tersebut! Kita sendirilah yang mencipta sempadan, mensabotaj pandangan kita terhadap diri kita, mensabotaj kehidupan dan masa depan kita dengan sesuatu yang tidak relevan.

Maka, ada dua cara untuk mempercayai diri sendiri, tentang batas-batas kehidupan yang kita cipta; Pertamanya, jika kita percayakan diri kita, maka kita akan mampu mengalihkan sebuah gunung. Keduanya, jika kita percayakan diri kita, maka boleh jadi juga kita tidak akan menemui gunung itu.

Apa yang kita percayai..sama ada kepercayaan dalam kehidupan peribadi sendiri, cinta, kerjaya, masa depan atau anak-anak, semuanya ada pada kita. Kita adalah apa yang kita percaya."- Nora Jane wahab 

Siapa sangka, seorang wanita melayu mampu menjelajah negara-negara di benua Afrika seperti Uganda dan Sudan seorang diri selama 270 hari, dengan suasana pandemik yang melanda dunia menyukarkan lagi situasi. Pelbagai cabaran dan kesukaran dirintangi Nora. Di sebalik pelbagai mehnah, beliau membuktikan, dengan kekuatan dan daya tahan yang tinggi, segala-galanya serba mungkin.

Travelog ini wajar dibaca oleh semua pengembara, terutama mereka yang berhasrat merantau secara solo ke tanah asing demi mencari makna diri.


Your cart is currently empty.
Continue shopping