• Free SHIPPING for orders over RM100 || Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • angkuh
  • lop_202211031658_0001 - Copy (2)
  • photo_2022-11-03_17-07-25
  • bvj_202211031659_0001 - Copy (2)
DISCOUNT 15%

[THE BIBLIO] ANGKUH & PRASANGKA - NOVEL

RM 38.25
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: THE BIBLIO

Penulis: JANE AUSTEN

Terjemahan: IRNI FAZRITA FARID


"Sejak awal lagi, keangkuhanmu, kesombonganmu dan penghinaan egois kamu terhadap perasaan orang lain, menjadi landasan kebencianku kepadamu. Belum cukup sebulan aku mengenalimu, aku merasakan bahawa kamu lelaki terakhir di dunia yang boleh aku kahwini." - ELIZABETH BENNET

Siapa Darcy di mata seorang Lizzy? Lelaki angkuh, sombong, mewah tetapi megah. Meski berpicing mata, Elizabeth tahu Darcy sama sekali tidak mempesona. Elizabeth benci akan cara Darcy memandang dunia sekelilingnya; merendah-rendahkan, bicaranya meremehkan, sesuai sekali dengan darjatnya sebagai bangsawan. Api kebencian Elizabeth kian marak, apabila mendapat tahu, Darcy pernah melakukan sesuatu perkara yang menurutnya, tidak boleh dimaafkan.

Ada sisi lain pada diri Darcy, tetapi Elizabeth mengambil masa yang lama untuk memahami, dan menerima kebaikan yang tersembunyi. Mampukah Elizabeth menebus prasangkanya terhadap keangkuhan Darcy selama ini? Akankah tumbuh cinta yang sia-sia atau sesuatu yang bererti?

Dalam Angkuh & Prasangka, Jane Austen menumpahkan citra yang memikat tentang hubungan cinta kaum menengah atas Inggeris pada abad ke-19. Dengan watak yang memukau dan jalan cerita yang mempesona pembaca, tidak hairanlah novel ini kekal relevan sepanjang zaman.


PETIKAN BAB 1


Semacam sudah menjadi suatu resam yang dipasak turun-temurun, bahawa lelaki teruna dengan harta yang tak lekang tujuh keturunan, pasti berkehendakkan seorang suri menemani di sisi.

Sungguhpun tidak banyak dapat diketahui mengenai perasaan atau pandangan lelaki itu pada hari pertama dia telah menjejakkan kaki ke kawasan kejiranan, namun kebenaran ini dilihat agak ketara sudah terpasak dalam minda keluarga sekitarnya bahawa dia dianggap sebagai calon hidup seseorang atau salah seorang daripada anak-anak perempuan mereka.

"Tuan Bennet," sapa isterinya pada suatu hari, "ada abang terdengar bahawa Netherfield Park akan disewa akhirnya?"

Tuan Bennet menjawab bahawa dia tidak tahu.

"Namun, sudah pasti," balas isterinya, "Puan Long yang baru saja datang tadi dan menceritakan segalanya."

Tuan Bennet tidak menjawab.

"Abang tak nak tahu siapa yang menyewanya?" Isterinya meninggikan suara kerana teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapannya.

"Jika kamu mahu memberitahu aku, aku tiada halangan untuk mendengarnya."

Pelawaan yang cukup dinanti-nantikan.

"Abang perlu tahu bahawa menurut Puan Long Netherfield Park sudah disewa oleh seorang pemuda yang sangat berharta yang berasal dari Utara England. Dia datang pada hari Isnin lepas dengan menaiki kereta kuda untuk melihat hartanah itu. beliau berasa sungguh gembira sehingga bersetuju dengan Tuan Morris secara serta-merta untuk berpindah ke situ sebelum menyambut Krismas. Sebahagian pekerjanya akan memasuki rumah itu pada akhir minggu hadapan."

"Siapakah namanya?"

"Bingley."

"Bujang atau sudah berkahwin?"

"Oh sudah tentu bujang, abang! Lelaki bujang dan berharta dengan pendapatan bernilai empat atau lima ribu pound setahun. Calon yang sesuai untuk anak-anak kita!"

"Mengapa pula? Bagaimanakah hal ini telah melibatkan mereka?"

Your cart is currently empty.
Continue shopping