• Free SHIPPING for orders over RM50 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • dilema
  • bbio_202211071430_0001
  • photo_2022-11-07_14-38-21 (2)
  • nnn_202211071431_0001
SALE

[THE BIBLIO PRESS] DILEMA AHLI PSIKOLOGI MUSLIM

RM 29.75
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: THE BIBLIO PRESS

Penulis: MALIK BADRI

Penterjemah: FADLULLAH WILMOT


Psikologi - dengan segala perbincangan dan penghuraiannya - telah mengambil alih peranan agama di Barat, malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir-hampir menggantikannya. Ada oemikir dan sarjana Muslim yang terhanyut dalam jalan fikiran, pengulangan serta peniruan total daripada idea dan amalan Barat yang tidak berjiwa Islam.

Maka timbullah persoalan: adakah umat Islam benar-benar memerlukan psikologi moden? Adakah psikologi moden sepenuhnya Barat? Wujudkah cara untuk mengharmonikannya dengan Islam? Kesemua persoalan ini menjadi dasar utama kepada dilema yang dihadapi oleh pengamal Muslim bidang psikologi di lapangan.

Malik Badri, seorang ahli psikologi dari Sudan menyoroti permasalahan ini dan mengesyorkan jalan keluar bagi persoalan-persoalan tersebut, dalam naskhah istimewa ini. Buku ini wajar dimiliki oleh semua ahli psikologi, pengamal perubatan psikiatri, para pelajar dalam bidang berkaitan serta masyarakat Muslim secara umum.


PETIKAN BAB 7:

Ahli Ilmu Jiwa Pendidikan yang Beragama Islam Menjadi Burung Kakak Tua


Masalah ahli-ahli ilmu jiwa yang terjerumus ke dalam 'lubang biawak' ini juga tidak lari daripada terjadi dalam kalangan ahli ilmu jiwa pendidikan. Mereka diibaratkan seperti burung kakak tua yang selalu mengulang-ulang teori-teori pendidikan Barat tanpa berfikir secara kritis bahawa amalan dan ajaran daripada teori tersebut amat bertentangan dengan Islam. Sebagai contoh yang menunjukkan betapa 'tunduknya' mereka adalah apabila mereka terus menyokong istilah-istilah yang kabur dan tidak jelas seperti 'pendidikan seks' dan 'semangat universiti yang sebenar'. Mereka menganjurkan supaya mengadakan pendidikan campuran antara lelaki dan perempuan di peringkat sekolah menengah dan universiti, hanya kerana ingin mengajar pendidikan seks dan menghapuskan 'penindasan jiwa dan perasaan seksual' (sexual repression and complexes) yang dikatakan akan 'mencacatkan jiwa' belia-belia Islam! Mereka mendakwa bahawa pemisahan antara lelaki dan perempuan dalam bidang pendidikan hanya boleh melemahkan kedua-duanya apabila menghadapi sebarang godan. Mereka juga mendakwa bahawa lelaki dan perempuan pasti akan mencari kesempatan untuk bertemu. Oleh itu, menurut mereka, sekolah pendidikan campuran bukan sahaja dapat melahirkan semangat persaudaraan yang boleh menghidupkan 'semangat universiti yang sebenar', tetapi ia juga dapat mengurangkan hubungan kelamin yang tidak halal. Malangnya, disebabkan oleh kedudukannya, kepetahannya dalam percakapan dan penyalahgunaan istilah-istilah sainsnya, ramai yang menerima dan mengambil cadangan ini, termasuklah mereka yang beragama, sebagai satu 'kenyataan' yang telah dipastikan kebenarannya dalam 'makmal sains' saintis-saintis Barat. Akan tetapi, dorongan mereka ini bukanlah dorongan untuk memajukan pendidikan.

Saya ingin tujukan beberapa persoalan, sekiranya boleh, apakah itu pendidikan seks, dan apakah bukti keberhasilan pendidikan ini walaupun di dunia Barat? Sejauh manakah pendidikan campuran ini, di Barat mahupun di masyarakat Islam yang moden telah berhasil dalam mencapai apa yang didakwakan pada awalnya oleh pendidik-pendidik Islam ini? Apakah konsep yang cuba diketengahkan oleh dunia Barat mengenai seorang belia lelaki atau perempuan yang telah menerima 'pendidikan seks' dengan baik dan sejauh mana konsep ini bertentangan dengan Islam?

Dalam penulisan ini, saya tidak akan membincangkan jawapan kepada persoalan-persoalan ini secara panjang lebar. Namun begitu, perlulah juga saya ingatkan bahawa perselisihan faham yang terdapat dalam penulisan-penulisan mengenai pendidikan seks ini merupakan perselisihan faham yang terbesar sekali dalam bidang ilmu jiwa pendidikan dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengannya. Tiada persepakatan antara penulis-penulis ilmu jiwa mengenai takrifan yang tetap tentang bidang pendidikan seks ini, hal ini kerana matlamat pendidikan dan cara untuk mencapai matlamat itu sahaja masih belum dipastikan. Baru-baru ini, terdapat seorang pakar yang terkenal menyoalkan tentang keperluan bidang pendidikan ini dengan menyatakan: "Dua persoalan selalu merunsingkan fikiran saya kerana saya masih tidak dapat memberi jawapan tentangnya dengan jelas, iaitu 'Apakah matlamat sebenar pendidikan seks?' dan 'Apakah bukti dan keterangan bahawa pendidikan seks ini berfaedah walaupun sedikit?'

Your cart is currently empty.
Continue shopping