Terbitan: THE BIBLIO PRESS
Penulis: GEORGE ORWELL
"Salah sebuah dongeng politik teragung sepanjang zaman... buku ini sesuai dibaca oleh semua orang dan sesiapa sahaja. Kecemerlangannya tidak malap walaupun lima puluh tahun sudah berlalu."
- Ruth Rendell, Daily Telegraph
Setelah mengahalu manusia yang menjadi tuan mereka, haiwan di Ladang Manor mengharapkan kehidupan yang bebas dan makmur. Namun begitu, mereka terjebak dalam rupa kehidupan lama apabila golongan elit tidak berhati perut dalam kalangan mereka sendiri memegang tampuk kuasa. Kisah pengkhianatan idealisme oleh Orwell masih segar dan relevan pada hari ini meskipun telah lama diterbitkan buat pertama kalinya semenjak 1945.
"Dongeng tulisannya ini kekal sebagai satira agung kita tentang wajah gelap sejarah moden."
-Malcom Bradburry, Mail on Sunday
Petikan Bab 1
Tuan Jones, pemilik Ladang Manor, telah mengunci reban ayamnya malam itu, namun dia terlalu mabuk hingga lupa menutup pintu yang lain. Ditemani lingkaran cahaya lentera yang menari ke sana ke mari, dengan tergesa-gesa ia bergerak menyeberangi halaman dan menendang kasut butnya di pintu belakang. Ditenggaknya gelas bir terakhir dari tong di ruang cuci, lalu naik ke bilik tidur di mana Puan Jones sedang nyenyak berdengkur.
Sekonyong-konyong lampu bilik tidur dipadamkan, terdengarlah keributan dan kegemparan, menyelubungi seluruh kawasan ladang. Khabar angin bertiup tentang Si Major Tua, babi jantan baka Middle White - antara baka babi terbaik - yang telah bermimpi aneh pada malam sebelumnya. Ia mahu menceritakan mimpi itu kepada binatang lain. Para binatang telah bersepakat untuk mengadakan pertemuan malam ini di bangsal besar sebaik saja Tuan Jones masuk tidur. Si Major Tua (demikian ia selalu dipanggil, meskipun namanya sewaktu pertandingan babi cantik dulu adalah Willingdon Beauty) sangat disegani di ladang itu hingga setiap binatang sanggup kurang tidur untuk mendengar apa saja perkara yang hendak diperkatakannya.
Di satu sudut bangsal besar, di atas suatu tempat yang seakan-akan sebuah pantas, Si Major duduk di atas tilam jerami, di bawah sebuah lentera yang tergantung di tiang. Ia berusia 12 tahun dan kebelakangan ini tubuhnya semakin berisi. Namun rupa parasnya masih kelihatan agung dan terlihat jelas gigi