• Free SHIPPING for orders over RM100 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • warkah
  • bbio_202211071430_0001 - Copy
  • photo_2022-11-08_11-46-05
  • nnn_202211071431_0001 - Copy
SALE

[THE BIBLIO PRESS] WARKAH-WARKAH NABI MUHAMMAD

RM 31.50
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: THE BIBILIO PRESS

Penulis: IBRAHIM HALIL ER

Terjemahan oleh: Yusra Hulaimi


Warkah-warkah Nabi Muhammad merupakan naskhah yang menghimpunkan surat-surat Rasulullah SAW sepanjang zaman pentadbiran Baginda yang terdiri daripada warkah perintah, penyebaran syiar Islam serta memberi kepada kita gambaran hubungan bilateral antara dua negara. 

Pengarang naskhah ini, Ibrahim Halil Er telah melakukan usaha murni bukan sahaja dengan menghimpunkan surat-surat tersebut, malah menyediakan perincian yang tuntas tentang bagaimana setiap surat itu diterima dan reaksi yang diberikan penerimanya. Antara surat yang dihimpunkan dalam naskhah ini adalah yang dihantar kepada pemerintah Rom Timur, Yunani, pentadbiran Mesir, Empayar Sassanid dan beberapa negara kota lain, selain marsum kepada beberapa individu. Warkah-warkah ini dapat dijadikan dokumen sejarah untuk kita memahami dan menelaah tempoh pentadbiran Baginda secara politik dan sejarawi.


Surat Asal Rasulullah Kepada Najashi

Surat asal yang telah dihantarkan oleh Rasulullah kepada Najashi telah ditemui di Damsyik dan telah diteliti oleh pakar-pakar di British Museum, London. Dokumen ini adalah seperca kulit haiwan dengan saiz 23 cm lebar dan 37 cm panjang. Huruf-hurufnya berciri bulat. Dakwatnya berwarna hitam keperangan. Teksnya mengambil ruang sebanya 17 baris dan terdapat tanda cap mohor. Ukurlilit tanda cap mohor tersebut berukuran 26 mm. Di dalam tanda cop mohor tersebut terdapat tiga perkataan yang disusn dalam baris yang berbeza. Daripada atas ke bawah tertulis "Allah; Rasul; Muhammad." Surat tersebut pada asalnya berada di dalam perpustakaan Empayar Habsyah. Kemudian, sewaktu Perang Dunia Kedua, seorang paderi membawanya ke Damsyik. 


Hubungan Dengan Mesir dan Surat-Surat Yang Dihantarkan


Para pentafsir Taurat tentunya pernah menjelaskan bahawa Hajar, bonda Nabi Ismail merupakan seorang puteri Raja Mesir. Selepas perkahwinan antara Nabi Ibrahim dengan Hajar, hubungan antara Makkah dengan Mesir menjadi bertambah baik. Menurut al-Suyuti, al-Mughirah bin Shu'bah pernah bertembung dengan gabenor Muqawqis dan seorang pendeta sewaktu dalam perjalanan ke Makkah sebelum Islam.

Orang-orang Makkah yang berurusan dengan kabilah-kabilah daripada luar tidak terlalu berminat dengan permasalahan-permasalahan di Mesir. Mesir ketika itu berada bawah kawalan Byzantine dan kebanyakan penduduknya beragama Kristian. Ketika itu, Iskandariah merupakan pusat kedua-dua keagamaan dan pentadbiran. Kerajaan Byzantine melantik pegawai-pegawai di Mesir untuk urusan pentadbiran dan juga keagamaan.

Ketika itulah terjadinya sebuah pertelingkahan antara pentadbiran orang-orang Koptik dan pentadbiran Byzantine. Orang-orang Koptik tempatan yang beragama Kristian sedaya upaya ingin memelihara dan melindungi agama mereka. Lama-kelamaan, pertelingkuhan keagamaan antara orang-orang Yunani dan Koptik ini menjadi semakin parah

Your cart is currently empty.
Continue shopping