AH, ADA HANTU DI HOSPITAL
enlarge

AH, ADA HANTU DI HOSPITAL


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
Promotion ends
RM  12.90  9.00  
Item details
SKU: 9789673505098

Stock: Stock available

Brand: EXACT PUBLISHER
Penerbit: EXACT PUBLISHER
Product Code: 9789673505098
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: EXACT PUBLISHER

Jantung berdegup kencang, muka menjadi pucat lesi, tekanan darah naik mendadak, pernafasan bertambah laju, bulu roma meremang... Kesemua ini merupakan reaksi badan kita semasa ketakutan. Walaupun begitu, orang ramai masih tertarik dengan cerita hantu.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak negara yang menghasilkan filem seram berkenaan dengan Dracula, Zombie, Vampire dan sebagainya. Begitu juga dengan negara Korea Selatan. Setiap tahun, negara ini akan manayangkan filem seram pada musim panas. Cerita-cerita seram merupakan topik perbincangan yang amat disukai oleh orang ramai, jadi banyak buku cerita seram diterbitkan.

Adakah anda semua perasan bahawa sebaik-baik sahaja seseorang menyebut cerita seram secara tidak langsung, orang ramai akan berkumpul dan berbincang sesama mereka? Walaupun ketakutan, orang ramai tetap akan mendengar dan memberikan sepenuh tumpuan sehingga habis cerita. Malah selepas itu, mereka pula yang akan menyampaikan cerita itu kepada orang lain.

Cerita-cerita hantu dalam komik ini berlatarkan hospital. Buku komik ini mengandungi sembilan buah cerita yang menyeramkan. Di hospital, setiap hari pasti ada peristiwa kelahiran, kematian dan perpisahan. Oleh itu, hospital membawa harapan dan juga ketakutan.

Sekarang, lupakan tekanan pelajaran anda buat sementara. Marilah sertai dunia hospital yang seram bersama dengan kami untuk menguji keberanian anda!

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods