Home > Products > Book > Novel > CAGARAN CINTA
CAGARAN CINTA
enlarge

CAGARAN CINTA


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM28.00  
Item details
SKU: 9789674690960

Stock: Out of stock

Brand: KARYA SENI
Penerbit: KARYA SENI
Penulis: SITI KHADIJAH
Product Code: 9789674690960
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: KARYA SENI

PENULIS: SITI KHADIJAH

"Aku tak peduli siapa pun dia. Aku nak berkenalan sangat dengan perempuan yang berjaya buat Am lupa

pada Tuhan dia sendiri." - HAIL HAIYAN

Kesengsaraan yang dialami oleh adiknya memaksa Hail Haiyan menjadi seorang pendendam. Melihat

adik kesayangan terseksa bukan impiannya. Jadi, dia harus melakukan sesuatu. Sesuatu yang dapat

membela nasib adiknya.

Lantas, gadis bernama SUFI AWLIYA diheret untuk bertemu dengannya. Gadis yang dipercayai menjadi

penyebab adiknya merana kini berada di hadapan mata. Namun, gadis itu keras menafikan.

"Mungkin saya punca semua ini berlaku, tapi bukan saya yang menyebabkan Am merana sampai begini

sekali. Tuan pekakkan telinga untuk mendengar penjelasan saya dan tuan butakan mata hati tuan untuk

kenal siapa saya yang sebenarnya. Tuan memang zalim! - SUFI AWLIYA

Demi keselamatan keluarga, rasa tanggungjawab terhadap sahabatnya dan yang paling utama

demi sebuah kebenaran, Sufi Awliya sanggup menjadi tawanan Hail Haiyan! Namun, Hail Haiyan tiba-tiba

nanar. Dendam yang menggunung, ranap dalam sekelip mata apabila kebenaran tersingkap.

Dia terperangkap dalam jerat yang diciptanya sendiri. Dia jatuh cinta tanpa menyedari bila rasa itu hadir!

" Kalau pun antara kita tiada yang mengikat, saya akan cari cara untuk terus ikat awak dalam hidup saya.

Saya takkan mengalah. Awak dah masuk dalam kehidupan saya dan saya akan pastikan awak akan terus

terperangkap di sini." - HAIL HAIYAN

" Apa yang awak rasakan itu bukan cinta tapi perasaan bersalah. Rasa bersalah yang buat awak percaya

itu cinta!" - SUFI AWLIYA

Hail terus mengejar sedangkan Sufi cuba menghindar. Wujudkah cinta buat lelaki itu saat dirinya

dijadikan cagaran untuk sebuah dendam? Adkah cinta berkuasa melenyapkan segala rasa dendam

atau cinta hanya dijadikan cagaran untuk terus berdendam?

" Cinta memberi kekuatan bukan melemahkan. Cinta yang melebihi segalanya, itu buka cinta. Itu kegilaan! "-

SUFI AWLIYA

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods