Home > Products > Book > Umum > DI SEBALIK ISRAK MIKRAJ
DI SEBALIK ISRAK MIKRAJ
enlarge

DI SEBALIK ISRAK MIKRAJ


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM18.00  
Item details
SKU: 9789670392684

Stock: Stock available

Brand: MUSTREAD
Penerbit: MUSTREAD
Penulis: DR HJ AHMAD NASIR MOHD YUSOF
Product Code: 9789670392684
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: MUSTREAD

PENULIS: DR HJ AHMAD NASIR MOHD YUSOF

PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba.

Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.

Peristiwa ini juga mengajar kita erti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seperti ibadah solat, menunaikan zakat, bersedekah dan melakukan muamalat sesama manusia dengan baik kerana setiap manusia akan menerima balasan mengikut amalan dan pekerjaan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia.

Ia juga memberi peringatan kepada manusia supaya menjauhkan diri daripada pelbagai perkara yang dilarang Allah SWT seperti makan riba, menabur fitnah, tidak menunaikan amanah, tidak mengeluarkan zakat dan perkara mungkar yang lain.

Buku ini mengupas dengan lebih jelas hikmah-hikmah di sebalik berlaku peristiwa Israk dan Mikraj ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Ketika Baginda masih lagi bersedih atas pemergian dua orang insan yang amat disayanginya.

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods