Home > Products > PROMOSI JOM KE SEKOLAH (01/12/2019 - 31/12/2019) > FIQH AL-AWLAWIYYAT FIQH KEUTAMAAN (KEUTAMAAN TUGAS-TUGAS KAUM MUSLIMIN)
FIQH AL-AWLAWIYYAT FIQH KEUTAMAAN (KEUTAMAAN TUGAS-TUGAS KAUM MUSLIMIN)
enlarge

FIQH AL-AWLAWIYYAT FIQH KEUTAMAAN (KEUTAMAAN TUGAS-TUGAS KAUM MUSLIMIN)


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
Promotion ends
RM  25.00  17.50  
Item details
SKU: 9789833204410

Stock: Stock available

Brand: PUSTAKA AL-EHSAN
Penerbit: PUSTAKA AL-EHSAN
Penulis: PROF. DR. YUSOF ABDULLAH AL-QARADHAWI
Product Code: 9789833204410
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Terbitan: PUSTAKA AL-EHSAN

Penulis: PROF. DR. YUSOF ABDULLAH AL-QARADHAWI

FIQH KEUTAMAAN (Fiqh Al-Awlawiyyat) mendedahkan generasi Islam masakini kepada perkara-perkara yang sepatutnya diletakkan pada tangga pertama, diberi keutamaan dan keistimewaan serta hal-hal yang seharusnya diletakkan pada sebaliknya dan dilakukan kemudian.

Kegagalan mengetahui perkara dan kaedah yang perlu digunakan akan mengakibatkan tindakan-tindakan menjadi tidak teratur dan tidak tersusun rapi, sehingga memperlambatkan ummah untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan.

Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan Fiqh Keutamaan. Manakala prioriti kerja perlu sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W.

Oleh itu, perkara-perkara kecil, remeh-temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar-besarkan kerana ia akan mengheret gerak perjuangan.

Tiba masanya bagi ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran di antara sesama sendiri. Sebaliknya berganding bahu dan berkerjasama menyambut era kebangkitan dan kegemilangan Islam sebagai satu-satunya "Addin" (cara hidup) yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet Bumi ini.

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods