Home > Products > Book > Novel > KEMBALI MENCINTAI
KEMBALI MENCINTAI
enlarge

KEMBALI MENCINTAI


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM33.00  
Item details
SKU: 9789674691080

Stock: Out of stock

Brand: KARYA SENI
Penerbit: KARYA SENI
Penulis: SYAMNURIEZMIL
Product Code: 9789674691080
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: KARYA SENI

PENULIS: SYAMNURIEZMIL

Hanya kerana mahukan sebuah dewan sekolah bagi memudahkan anak muridnya belajar, Thiya terpaksa

menyamar menjadi calon menantu Tengku Fareha untuk anaknya, Tengku Faal Haris... Yang merupakan

'seorang' buaya! Mulanya, Thiya ingatkan penyamaran itu dan kantoi apabila Tengku Fareha betul-betul

muncul. Sekali... Tengku Fareha pun mula berlakon. Rupa-rupanya, Tengku Fareha ada agenda lain!

Tengku Fareha menyuruh Thiya terus menyamar dan...

Terpaksalah Thiya bertahan dengan Tengku Faal. Pelbagai cara yang Tengku Faal cuba buat untuk Thiya

menyerah kalah untuk tidak menjadi calon menantu Tengku Fareha. Tapi bukan Thiya la yang mempunyai

hati sekental dinosaur untuk menyerah kalah dengan 'seorang' buaya!

" I nak tahu juga you ini spesies dinosaur yang mana. So that, I boleh tahu cara untuk pupuskan you

dan keturunan you!" - TENGKU FAAL

Tengku Faal akhirnya berjaya mencari kelemahan Thiya. Thiya rupa-rupanya anak Tan Sri Thaqif. Tan Sri

Thaqif pula kagum dengan Tengku Faal yang pandai menguruskan syarikatnya sendiri. Lagilah mudah untuk

Tengku Faal menyuruh Thiya mengaku kalah.

Baru sahaja Thiya nak berbaik dengan ayahnya... Takkan nak bergaduh semula gara-gara tak mahu

dikhawinkan dengan Tengku Faal? Nak tak nak terpaksalah Thiya mengundur diri. Ingatkan apabila

dinasour dah mengaku kalah, buaya dah menang... Cerita itu terhenti di sini. Tiba-tiba Tengku Faal

pula beria-ia nak dijodohkan dengan Thiya. Dia memberikan Thiya tiga minggu untuk buat keputusan.

" Saya tak tahu apa agenda awak, Tengku Faal. Tapi apa yang saya tahu... If you treat me like a game,

I'll show you how to play!" - THIYA

" So, I'll treat you like my queen... Will you treat me like your king?" - TENGKU FAAL

Muncul pula Firas Amsyar, membuatkan Tengku Faal lebih berusaha untuk menyakinkan Thiya yang dia

adalah jodoh pilihan untuk Thiya. Bukannya Firas Amsyar, lelaki yang pernah berada dalam hati Thiya

suatu ketika dulu sebelum menghilang. Thiya akhirnya memutuskan untuk menerima Tengku Faal dengan

syarat dia bersetuju dengan syarat taklik tambahan yang dikenakan untuk membuktikan yang Tengku

Faal betul-betul sudah berubah.

" Oleh sebab, abang sayangkan Thiya dan abang yakin kita ada jodoh, abang setuju dengan apa aje

syarat yang Thiya kenakan. Asal jangan tinggalkan abang sudah."

Tetapi... Nama pun buaya kan, mana mungkin akan berubah makan kubis!

" Saya sabitkan dan sahkan jatuh talak satu kali pertama ke atas Plaintif Thiya binti Tan Sri Thaqif berjumlah

satu talak bermula pada hari ini.

Mungkinkah Thiya akan memberi peluang kepada Tengku Faal untuk kembali mencintai? Atau... Thiya

kembali mencintai Firas Amsyar?

" Thiya plan apa lepas ni? Thiya jangan risau. Fir ada. Anything that you need... Fir boleh tolong. Fir

tak mengharapkan apa-apa." - FIRAS AMSYAR

Kerana... Peluang kedua itu tidak akan bermakna kalau tidak belajar daripada peluang pertama.

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods