Home > Products > Book > Novel Adaptasi Drama > PUJAAN HATI KANDA
PUJAAN HATI KANDA
enlarge

PUJAAN HATI KANDA


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM27.00  
Item details
SKU: 9789670890913

Stock: Out of stock

Brand: KARYA SENI
Penerbit: KARYA SENI
Penulis: AULIA IMAN
Product Code: 9789670890913
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN : KARYA SENI

PENULIS : AULIA IMAN

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.

Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. - Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.

“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” - Danny

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Jika dahulu dia digelar lelaki mata keranjang bergred A+, dikejar dan dipuja ramai gadis. Kini, pesonanya

masih hebat. Dia kembali dikejar tiga gadis, Tiara, calon isteri dan juga gadis misteri. Ketiga-tiganya

punya karakter dan sikap yang berbeza. Namun ketiga-tiga juga punya alasan kuat untuk mengikat

dirinya dengan ikatan perkhawinan. Hendak atau tidak, dia terpaksa memilih antara rasa simpati,

tanggungjawab dan juga cinta. Kini manakah menjadi keutamaan seorang lelaki yang kini sudah

kembali ke pangkal jalan?

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods