Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search

AH, ADA HANTU DI PANGSAPURI!

RM 12.90
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: Bookstation
Penulis: Nam, Chun-ja
Pelukis: Jeon, Cho-sung
Penterjemah: Chan Yee Kuan
Setiap orang pasti mempunyai kenangan yang dahsyat lagi menakutkan dalam kehidupan masing-masing.
Semasa kecil, saya pasti akan memandang ke arah kerusi jika terjaga daripada tidur pada waktu tengah malam. Hal ini berlaku demikian kerana emak saya berkata bahawa hantu akan duduk di atas kerusi lalu mengoyakkan buku jika meja dan kerusi tidak disusun dengan rapi.
Walaupun saya sudah dewasa, namun saya tetap teringatkan cerita hantu tersebut setiap kali saya memandang ke arah kerusi. Saya selalu berfikir, 'Apakah yang akan terjadi jika saya terlupa untuk menyusun kerusi dan meja?'
Sesetengah orang pula akan memikirkan perkara dahsyat yang lain, misalnya hantu akan merenungnya dari dalam cermin ataupun bersembunyi di dalam almari dan sebagainya. Pendek kata, setiap orang pasti mempunyai cerita hantu dahsyat yang sukar dilupakan.
Sekarang, cuba tenangkan fikiran dan tarik nafas dalam-dalam sebelum menyelak komik cerita hantu ini. Jom lupakan beban kerja sekolah buat seketika dan tunjukkan keberanian anda!

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.