Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search

AKU ADA KAMU [Karya Seni]

RM 29.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: KARYA SENI
Penulis: LILY HASLINA NASIR

"Awak inikan... Memang bebal, ya... Tak faham saya tak suka... Ikutkan hati, memang cincin awak bagi tu saya nak campak dalam lubang jamban... Rupanya perangai awak pun macam papan jamban buruk!" - SOFI AIDURA
"Tak apalah... saya tak kesah Dura nak marah-marah. Saya faham Dura sebenarnya terkejut. Biasalah... Silap saya tak beritahu awal." - FARHAN
Bengang betul Sofi Aidura. Sudah beribu kali dia katakan, antara dia dan Farhan hanya kawan. Tak lebih daripada itu. Lagipun Farhan tu cuma salah seorang daripada stok kekasih gelapnya. Tempat dia menghilangkan bosan bila Si Hisham sibuk.
Hilang isu peminangan Farhan, muncul pula risikan daripada si kapten. Ya ampun! Tepuk dahi mak ayah Sofi Aidur buat tawaran istimewa kepada sesiapa yang meminangnya pada bulan itu. Sekali lagi dia menolak.
Orang yang ditunggu-tunggu tak ada pula tanda-tanda mahu meminang dia. Nak buat macam mana? Dia tu perempuan. Nanti kalau ditanya, jawapan si lelaki tak seperti yang dia mahukan, dia juga yang malu. Pasrah ajelah.
"Abang Sham ni berkawan dengan Dura sebab kesiankan Dura, ya?" - SOFI AIDURA
Kata orang, jodoh tak kemana. Di atas pelamin bersanding juga. Ketika Sofi Aidura dan Hisham di ambang bahagia, musibah datang menimpa.
Adakah sikap Sofi Aidura yang punya ramai kekasih menjadi sebabnya atau ada insan lain yang cemburukan kebahagiaan mereka? Puncanya? Tiada siapa yang boleh duga.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.