Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • _KEHIDUPAN RASULULLAH SAW.png

AMALAN 24 JAM DLM KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W

RM 5.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: PTS
PENULIS: ZULKARNAIN DOLLAH
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya."(Al-Ahzab:21)

Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan umat Nabi Muhammad.

Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.). Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.) sekalipun perkara itu kecil.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah sepanjang hari bermula dari bangun tidur hingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah S.A.W. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah bagi menambahkan rasa cinta kepada beliau

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.