Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template-novelcerah.png

NOVEL MELAYU - ANGGUN MIKAYLA [Alaf 21]

RM 28.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: ALAF 21
Penulis: LIZA NUR

Dia Mikayla, gadis anggun yang bukan tipikal untuk kau jumpa hari-hari. Aneh! Biarpun kepalanya dilempar batu, telinganya dihentam kata cacian dan tubuhnya disiat luka, dia masih mampu tersenyum buat dunia. Kelahirannya dicaci dan kewujudannya dinafi. Namun, Mikayla tidak ampuh membenci mereka yang membencinya.
"Tak kira apa kau buat, kau masih hodoh kat mata aku. Kulit putih kau. Rambut merah kau. Mata biru kau. Semuanya jelik!" - Kadir
Pertemuan Mikayla dengan Idriz dalam insiden yang tidak dijangka mencipta satu hubungan pelik. Siapa sangka, hati Idriz mampu tergolek-golek pada wanita yang ditemuinya dalam versi puntianak itu?
"Orang cakap, kalau lelaki dan perempuan bukan mahram duduk berdua-duaan macam ni, syaitan akan jadi makhluk ketiga. Itu yang aku azankan." - Idriz
Asif yang suka mengusik pula mulai sedar yang usikannya sudah mencambahkan rasa sayang. Namun, kemunculan lelaki dari masa silam Mikayla, Aidan yang menagih kemaafannya membuatkan Asif dan Idriz disampuk cemburu.
"Memang aku dah banyak kali jadi hero dalam drama, dah banyak kali couple dengan macam-macam spesies heroin, tapi dalam dunia sebenar ni, hanya kau seorang heroin aku." - Aidan
Keanggunan Mikayla menggetarkan tiga jiwa. Namun, obsesinya masih satu, mendapatkan secebis kasih daripada insan yang enggan mengakui kewujudannya.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.