"Manusia yang mempunyai akal yang sihat, wajib baginya menggunakan telinga melebihi mulutnya." - Imam Abu Hatim Al-Busti
"Gunakan mata dan telinga untuk melihat serta mendengar terlebih dahulu sebelum berkata. Jika tidak perlu bercakap maka lebih baik diam sahaja." - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
Kita juga hendaklah berbicara sekadar yang perlu kerana banyak bercakap, khuatir sekiranya diibaratkan seperti tin yang kosong, nyaring bunyinya. Kata-kata ini bermaksud orang yang banyak bicaranya, namun tidak memberi manfaat kepada yang mendengarnya.
Sepasang mata, sepasang telinga, dan satu mulut yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini juga supaya kita lebih banyak mendengar dan melihat berbanding bercakap. Gunakan amanah Allah SWT ini dengan sempurna.
×
×