Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • billion.gif

BILLION DOLLAR WHALE: KISAH SEBENAR JHO LOW

RM 70.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: CRESCENT
PENULIS: TOM WRIGHT & BRADLEY HOPE
TIPU DAN HELAH UNTUK MENCURI $5 BILION
Pada tahunn 2009, ketika krisis kewangan belum benar-benar pulih, seorang graduan Wharton yang

lembut orangnya melakukan penipuan yang amat besar yang belum pernah dilakukan sebelum ini - yang
kemudian melambangkan ancaman yang seterusnya kepada sistem kewangan global. Nama lelaki itu
ialah Jho Low, orang yang mempunyai perwatakan yang luar biasa sehingga terasa ia dibuat-buat.

Jika pada zahirnya Jho Low kelihatan pemalu, tetapi sebenarnya dia lelaki mata duitan yang suka bercakap
besar dan suka bergaul dengan orang kenamaan. Dia yang baru lulus kolej, berjaya memujuk Perdana
Menteri Malaysia, Najib Razak, untuk menubuhkan sebuah dana pelaburan yang dikenali sebagai 1MDB.
Low yang mengarahkan 1MDB dari belakang tabir, berjaya mendapatkan $10 bilion dengan bantuan
Goldman Sachs dan yang lain-lain. Sepanjang setengah dekad yang berikutnya, dia melesapkan
berbilion-bilion dolar - yang digunakan untuk membiayai pilihan raya, untuk membeli harta tanah yang
mewah, menerbitkan filem-filem Hollywood, antaranya The Wolf of Wall Street, dan mengadakan
parti-parti yang berlimpah-ruah dengan champagne di setiap pelosok dunia.
Sifat dermawan Low membuat dia disenangi oleh semua orang, termasuk selebriti seperti Leonardo

DiCaprio dan Jamie Foxx, model terkenal seperti Miranda Kerr. Dia juga menjadi penyumbang utama

kepada Presiden Obama. Yang anehnya, tidak ada siapa yang sedar apa yang sedang berlaku - baik
bank-bank global yang seolah-olah menutup mata terhadap transaksi wang yang berjumlah berjuta-juta
dolar itu, mahupun pemantau-pemantau sistem kewangan yang rasmi.
Tom Wright dan Bradley Hope, wartawan Wall Street Journal yang pernah memenangi anugerah,
telah mendedahkan berpuluh-puluh cerita tentang skandal 1MDB. Kini, buat pertama kali, mereka
mendedahkan cerita yang lengkap mengenai rompakan yang paling besar dalam lipatan sejarah. Buku
Billion Dollar Whale adalah setanding buku Liar's Poker dan Den of Thieves yang menjadi kisah klasik yang
menggangu perasaan yang menceritakan dunia kewangan yang megah diri dan tamak haloba.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.