Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • _BIIMBINGAN PARA SOLIHIN.png

BIMBINGAN PARA SOLIHIN

RM 28.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: KARYA BESTARI
PENULIS: DZUL KHAIRI MOHD NOOR
SENTIASALAH ‘berselera’ untuk bersolat, kerana solat merupakan santapan yang lazat lagi enak pemberian ALLAH SWT. Nabi Muhammad SAW ketika menggambarkan keasyikan Baginda dalam mengerjakan solat berkata; ‘Penyejuk mataku,’ Zainab tenggelam dalam keasyikan bersolat sehingga dia mengikat dirinya dengan tali semasa mengantuk. Tindakannya ditegur oleh Nabi SAW kemudiannya. Mereka yang tidak mengambil berat soal ibadat, malah melengah-lengahkan solat, maka ALLAH SWT juga akan melengah-lengahkan pemberian nikmat kepada mereka. Imam al-Nawawi mengupas hadis Nabi SAW berkenaan orang yang melewatkan solat dalam Syarah Sahih Muslim; “Yang berada akhir dalam saf solat (melewatkans olat), akan terlewat mendapat rahmat-NYA, fadilat-NYA, tidak dinaikkan martabat dan seumpama dengannya.” Solatlah dengan khusyuk, dan berusaha untuk menumpukan perhatian terhadap setiap gerakan dan bacaan dalam solat. Meski pun gangguan tetap datang, namun usaha mesti diteruskan dengan gigih.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.