Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template-novelcerah.png

BOSKU DIKTATOR - novel melayu

RM 30.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Disebabkan terdesak, Shamsuria terpaksa menerima tawaran sebagai pemandu peribadi dan bodyguard kepada Tuan Syed Faeq. Walaupun gaji yang ditawarkan agak lumayan, namun tidak mudah untuk bekerja dengan lelaki bernama Syed Faeq.
Keadaan semakin rumit apabila Syed Faeq menyangkakan yang dirinya seorang lelaki! “Take off my cloth.” ~ Syed Faeq “Saya akan...tanggalkan...tapi...dengan satu...syarat.” ~ Shamsuria “Oh, really? Apa syaratnya?” Lelaki itu bertanya sinis. “Tuan...Syed...keluar dulu...” Memiliki pakej yang serba lengkap, membuatkan Syed Faeq sering bertukar-tukar pasangan.
Baginya, untuk apa dia setia kepada seorang perempuan sedangkan masih ramai lagi gadis cantik dan seksi yang boleh dia dapat dalam sekelip mata. Namun, entah kenapa dia mula merasakan ‘sesuatu’ terhadap pemandunya walaupun dia sedar yang pemandunya itu seorang lelaki! Adakah dia sudah punya perasaan terhadap pemandunya itu? Adakah ini balasan tuhan kepadanya kerana sering mempermain-mainkan perasaan perempuan? Disebabkan dirinya gemar berpenampilan ringkas, Shamsuria sering dianggap sebagai lelaki oleh orang sekelilingnya.
Termasuk bosnya, Syed Faeq. Namun, selama mana dia mampu menyembunyikan rahsia tersebut. Walaupun lelaki itu digelar diktator disebabkan sikapnya yang panas baran dan suka menengking sesuka hati, namun Shamsuria terpaksa mengakui yang saban hari, perasaannya terhadap lelaki itu mulai kuat. Bermula hanya sebagai ‘kekasih palsu’, akhirnya mereka saling jatuh cinta. Namun, semuanya tidak semudah yang disangkakan. Faeq tiba-tiba membawa diri jauh ke UK sehingga memaksa Shamsuria turut menjejakinya di sana. “Saya berada di sini sebab awak, Faeq. Sebab saya sayang...” ~ Shamsuria “Awak akan menyesal kalau masih punya perasaan tersebut untuk orang macam saya.” ~ Syed Faeq.
Mampukah Shamsuria merebut kembali hati Faeq sedangkan lelaki itu sudah bertekad mahu melepaskan dirinya?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.