• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • kaedah.gif
  • accounting FOR BUSINESS(1).png
  • qq_202206121727_0001.jpg
  • qq_202206121727_0002.jpg
DISCOUNT 15%

[AL-HIDAYAH] - BUKU AGAMA KAEDAH TAJWID RASM UTHMANI DALAM AL-QURAN

RM 6.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Tajuk: KAEDAH TAJWID RASM UTHMANI DALAM AL-QURAN

Terbitan: AL-HIDAYAH

Penulis: USTAZ MAHADI B. DAHLAN AL-HAFIZ & USTAZ HAJI AZAHARI B. HAJI OTHMAN AL-HAFIZ

Ustaz Mahadi Dahla AI-Hafiz dilahirkan di Kampung Bangka Hulu, Gemas, Negeri Sembilan. Pada tahun 1964, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Menengah Rendah, Gemas NegerI Sembilan. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran, Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Beliau berjaya memperolehi Shahadah A’liah di Maahad Tahfiz Quran Walqiraat Subra Mesir pada tahun 1989. Antara pengalaman beliau ialah sebagai Pensyarah di Institut Pengajian Tahfiz A-Quran. Bahagian Hal Ehwal Islam. Jabatan Perdana Menteri, mengajar secara sambilan di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam bidang Tilawah Al-Quran anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur. Kini menjawat jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri Kuala Lumpur.

Ustaz haji Azahari Bin Hj. Othman Al-Hafiz dilahirkan di Kampung Tegayung, Melor, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di kampung sendiri pada tahun 1971. Beliau mendapat empat Thanawi di Maahad Muhammadi Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun 1974 hingga 1976 ke Maahad Tahfiz Al-Quran Pusat Islam, Kuala Lumpur. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti AI-Azhar dalam bidang Ulum Al-Quran dan Qiraat. Pada tahun 1978 hingga 1984 dengan mendapat ijazah B.A (Takhassus Qiraat). Sekarang bertugas di Pusat Islam, Kuala Lumpur di Cawangan Maahad Tahfiz Al-Quran Walqiraat. Juga mengajar secara sambilan di Universiti Islam Antarabangsa dan mengajar di beberapa buah masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan.

Your cart is currently empty.
Continue shopping