Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template_novelumum.png

BUKU UMUM ABLASA– HADI FAYYADH (SMO)

RM 29.90
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: HADI FAYYADH PRODUCTION SDN BHD
Penulis: HADI FAYYADH

"Apa yang sedang kau baca? Kau terkejut? Mari ... mari ke mari mendekat ke arahku. Jangan takut kerna aku telah sekian lama berada dalam tubuhmu. Membesar dan menjadi tuan yang mendidikmu mengenal dunia dengan segala perhiasan yang ada padanya."
"Janjiku adalah untukmu, aku tidak pernah menduakanmu, bukankah aku setia dalam rongga nafasmu?
Bertakhta untuk kesekian kalinya bahkan selamanya hingga kau terkujur kaku menemui Tuhanmu."
"Dihadapan khalayak manusia kau tegar menghinaku, membenciku bahkan kau membacakan ayat-ayat Tuhan mengajak manusia beriman.
Namun aku tahu kau adalah hamba kepada nafsumu, dan setia kepada perjanjianku dan terus tenggelam dalam kesesatan ciptaan."
Kau akan merasai aku sangat hampir denganmu, berbicara dan membuka lembaran rahsia demi rahsia agar kau tahu bahawa dendam ini bukan mudah untuk ku biarkan berlalu pergi.
Mendekatlah lagi kepadaku, akan aku bongkarkan segala tipu dayaku terhadapmu, asyikny, bahagia yang ku balut dengan alpa, sengsara yang kau rasa berulang-ulang, namunku tanam rasa ketagihan dosa yang mendalam.
Bagaimana aku lakukan?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.