Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • malaya.png
  • c53a30f66d2f6b4b45ba65bc1d9f021a1608971076-nm.jpg

BUKU UMUM MALAYA 1941

RM 28.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION
Penulis: RAFE RAHMAT & HAIRIL ANUAR

Pada tahun 1940, panglima-panglima perang Jepun harus bersepakat dengan kata putus. Mereka hanya mempunyai pilihan iaitu - Hokushin-ron (Jalan ke Utara) atau Nanshin-ron (Jalan ke Selatan). Hokushin-ron ialah doktrin peluasan kuasa Jepun yang menyasarkan kawasan sebelah utara Jepun, yakni Manchuria dan Siberia yang telah dinilai potensinya dari aspek politikal dan ekonomi kepada Empayar Jepun. Sementara Nanshin-ron pula ialah doktrin peluasan ke selatan yang menyasarkan kawasan Asia Tenggara yang kaya dengan sumber asli yang sangat kritikal kepada Empayar Jepun. Jepun tidak berasa bersalah untuk menjajah kerana menganggap mereka setaraf dengan kuasa-kuasa Barat yang telah pun memiliki empayar dan jajahan yang luas.
Walau bagaimanapun, laporan Kolonel Masanobu Tsuji yang merupakan ketua kepada Unit Penyelidikan Tentera Taiwan atau turut dikenali sebagai Unit No. 82 mendakwa bahawa bekalan bahan api bagi kegunaan keseluruhan ketumbukan tentera Jepun hanya boleh bertahan selama setahun sahaja sekiranya mereka berperang dengan Kesatuan Soviet. Oleh itu, Kolonel Tsuji dipertanggungjawabkan untuk merancang kemaraan Jepun ke Asia Tenggara yang melibatkan Malaya, Filipina, Borneo serta Hindia Timur Belanda (kini Indonesia). Tetapi untuk misi ini, Kolonel Tsuji hanya diberi masa selama enam bulan sahaja! Untuk perancangan dan latihan.
Adakah Kolonel Tsuji berkeupayaan merancang stu operasi amfibia yang memerlukan sokongan daripada banyak kapal? Bagaimanakah pihak Jepun akan melakukan ulang bekal kepada pasukan infantri yang bakal mara ala Blitzkrieg sejauh 1,000 km dari Songkhla ke Singapura? Pada masa yang sama, mampukah operasi ini dilaksanakan serentak dengan tindakan menghalang tentera laut Amerika daripada terus menguasai Lautan Pasifik? London pula telah mengarahkan tentera British di Malaya untuk bertahan sehingga bantuan tiba jika perang meletus di Timur Jauh.
Saksikanlah pertembungan dua kuasa besar di Tanah Melayu dalam Malaya 1941 ini.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.