Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • cerita.gif

CERITA ORANG BANK [Komrad]

RM 25.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: MUSTREAD
PENULIS: MASTURA MOHD SALIM
Nak tahu cerita di sebalik kisah-kisah di sebalik orang-orang yang bekerja di bank? Mesti banyak ceritanya kan?
Semuanya boleh dibaca melalui perkongsian menarik tentang situasi bekerja di bank yang ditulis penulis di dalam buku ini.
Bukan setakat dengan kerja yang pelbagai dan menimbun, tetapi juga dalam menghadapi pelbagai karenah pelanggan,
terutamanya yang masih tidak faham tentang apa itu Perbankan Islam.

Selain daripada membaca kisah yang dikongsi, dengan membaca buku ini juga akan membuatkan kita lebih faham apa itu
Perbankan Islam. Ditulis dalam bahasa yang santai, dan mudah difahami, di samping ada juga kisah-kisah lucu yang dipaparkan,
membuatkan pembaca akan terus ingin membaca sehingga ke akhir muka surat.

***

“Aku rasa perbankan Islam ni tak akan bertahan lama. Budak sales susah nak jual produk sebab tak faham. Nak luluskan loan lembab, caj mahal.” “Lagi?” “Produk yang kau orang keluarkan pun aku tak pasti sama ada mengikut landas syariah!”

Ting! Dia baru sahaja menjentik hati aku yang selama ini hanya menjadi pendengar kepada segala rungutannya. “Kau tahu proses mendapatkan kelulusan syariah sebelum kita keluarkan produk? Tahu berapa peringkat yang mesti dilepasi sebelum kertas kerja kami dijadikan produk? Tahu apa kelulusan yang dimiliki oleh panel Penasihat Syariah?

Tapi sebelum tu aku nak tanya, kau kenal tak panel Penasihat Syariah yang dilantik oleh organisasi kita?” “Ahhh! Itu semua tak ada kena mengena dengan aku.. .” “Hmm itulah masalah kita, suka nak condemn, tapi ilmu depan mata tak nak cari,” aku memandang dia dari hujung mata.

*Contoh petikan daripada buku Cerita Orang Bank.

'JANGAN SAMPAI AKAK SURUH BANK TU MENGUCAP, BARU KAU PERCAYA PERBANKAN ISLAM ITU ADA'

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.