Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • CIKGU MULTIPURPOSE.png

CIKGU MULTIPURPOSE [galeri ilmu]

RM 20.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: GALERI ILMU
Penulis: AMLA MAT RAWI

CIKGU MULTIPURPOSE bermaksud seorang guru yang kerjanya bukan sahaja masuk kelas, buka buku dan mengajar akademik kepada anak-anak murid tetapi ada lebih seribu tugas lain daripada itu. Satu tugas hakiki bersama sejuta tugas lain yang menanti.

Cerita-cerita ini semuanya kisah benar yang diadun secara santai tapi sampai. Berlaku di sekeliling kita. Bukan kisah penulis seorang tapi ini kisah kita semua. Cerita-cerita di dalam buku ini bukan cerita kosong. Ada ibrah, pengajaran dan dakwah di dalamnya.

Cikgu Multipurpose mengajak pembaca menyelami suka duka guru dan anak-anak di sekolah rendah dengan segala kerenah ujian kehidupan. Ada yang positif boleh kita ikut jadikan tauladan, ada yang negatif, boleh kita buat sempadan. Ada yang kita tidak sangka – oh, macam itu pun ada!

Sahabat, sebagai guru, emosi kita macam roller coaster semasa bekerja. Ada turun naik. Tapi lebih banyak turun, bukan? Jadi, buku ini diharap dapat memberi kata-kata semangat bahawa kerjaya guru ini kita boleh laluinya dengan bersahaja dan teruja setiap hari! Sebab kita adalah segalanya bagi mereka (murid).

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.