• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • maka.gif
DISCOUNT 15%

[KARYA BESTARI]-FAL YAFRAHU - MAKA BERGEMBIRALAH - USTAZ AHMAD DUSUKI

RM 21.25
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KARYA BESTARI

Penulis: AHMAD DUSUKI ABD RANI


Bahagia dan gembira. Ia suatu yang subjektif. Wang ringgit, pangkat, kedudukan, harta benda dan cahaya mata bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan dan kegembiraan.

Hanya jika kita perolehi ketenangan di dunia dan juga kelapangan di akhirat, itulah ukurannya. Dan ia menjadi dambaan kepada semua manusia.

Carilah kegembiraan dengan bergaul bersama orang yang soleh. Mereka banyak mengingatkan kita kepada Allah SWT. 

Carilah kebahagiaan dengan membaca dan menghayati al-Quran. Ia adalah mukjizat. Di dalamnya terkandung ayat-ayat cinta daripada Allah SWT untuk kita.

Carilah kebahagiaan dengan sentiasa menyebut 'Alhamdulillah' dalam apa jua situasi. Bersyukur dengan musibah dan bergembira dengan keimanan adalah sifat orang yang terpilih. Jiwa yang sedang tertekan dan dada yang sempit perlu dipositifkan dengan rasa syukur yang tidak berbelah bagi.

Di sebalik musibah yang kecil terselit nikmat dan kurniaan yang besar. Kita sebagai manusia tidak dapat melihatnya dengan dengan mata kasar. Ia hanya dapat dilihat dengan mata hati kerana di situlah letaknya kebahagiaan.

Your cart is currently empty.
Continue shopping