Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template_novel.png

GAME OVER ROMEO! [Penulisan2U]

RM 23.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: PENULISAN2U
Penulis: ILLA SHANAHILA

Fatiya Adam, gadis manja yang menetap bersama bapa saudaranya di UK setelah kematian ibu dan bapanya. Apabila Hany, sepupunya ditipu lelaki dari Malaysia, Hany nekad meminta bantuan Fatiya.
"Kau nak aku buat apa sebenarnya ni? Kenapa aku pula yang kena jumpa mamat tu?" - FATIYA
"Aku nak kau pikat dia, hancurkan hati dia!" - HANY
Gila. Sungguh kerja gila! Nak bercakap dengan orang asing pun dia tak berapa suka, inikan pula nak pikat hati dan buat-buat jatuh cinta?
Setelah berfikir panjang, akhirnya Fatiya bersetuju untuk pulang ke Malaysia dan tinggal bersama Firdaus, satu-satunya abang yang dia ada. Rancangan untuk hancurkan hati lelaki yang hanya dikenali dengan nama 'Black' itu belum lagi bermula namun Fatiya bingung bila wajah PA Firdaus sama dengan gambar 'Black' yang ditunjukkan padanya!
Peribadi Black yang sangat berlainan dengan apa yang diceritakan Hany itu membuatkan rancangan mereka hampir goyah.
Peribadi Black yang sangat berlainan dengan apa yang diceritakan Hany itu membuatkan rancangan mereka hampir goyah.
"Kenapa abang suka sangat dengan you ni eh?" - FATIYA
"I don't know. Tapi I yakin lama-lama nanti, cik pun akan suka saya juga. Mungkin terus jatuh cinta." - BLACK
Rancangan untuk pikat dan hancurkan hati Black dah jadi tunggang terbalik. kenapa sekarang ini seolah-olah Black pula yang mengawal rentaknya? Dan tanpa fikirkan akibatnya, dia nekad memulakan satu permainan.
"Okay, let's play a game, then." - FATIYA
"Game?" - BLACK
"Yeah. Whoever falls in love first, loses!" - FATIYA
Permainan cinta mereka bermula. Dan saat itu, Fatiya langsung tak sangka yang permainan kecil yang dimulakannya mengundang satu permainan yang lebih bahaya. Permainan hidup dan mati! Dalam permainan yang dicipta, antara Black dan Fatiya siapa yang kan jadi juara?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.