Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • e.png

NOVEL MELAYU JANGAN PADAM RINDU

RM 27.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: IDEA KREATIF
PENULIS: RINA FARIZQ
Sumpahan apakah ini?
Kenapa lamaran yang datang bukan dari seseorang yang kacak macam Chace Crawford? Atau setidak-tidaknya daripada lelaki yang
masih bertenaga. Ellina tidak mahu kahwin dengan Tuan Haji yang tua.
" Kahwinlah dengan ibu saya. Tuan haji dengan ibu saya lagi sesuai."- Ellina

"Ellina, I want to marry you, not your mom." - Tuan Haji
Mujur ada aplikasi WhatsApp yang menghubungkan mereka berdua untuk berkomunikasi tanpa perlu bertentang mata. Kalau tidak, mahu muntah
hijau dia bercakap secara berdepan.
Tapi sebaik-baik perancangan manusia, baik lagi perancangan dariNYA. Tanpa rela, Ellina terpaksa juga terima pinangan tersebut. Tapi di hari pertunangan,
bukan Tuan Haji tua yang muncul. Sebaliknya lelaki muda yang telah merobek hatinya di masa lalu.
" Bagi saya masa tiga bulan untuk menawan hati awak semula." - Akid Fauzan
Jangan harap! Ellina benci lelaki itu.
" Lapan huruf. Tiga perkataan. Dan satu makna. Teka, apa dia?" -Akid Fauzan
" I hate you!" -Ellina
" I miss you!" -Akid Fauzan
Mulut berkata benci. Tapi Ellina tidak dapat membohongi diri yang sebenarnya dia juga merindui lelaki itu. Tidak perlu tiga bulan, tiga hari saja Ellina sudah kalah.
Hati Ellina berjaya ditawan semula oleh Fauzan.
Mereka bahagia tapi kebahagian yang baru saja bersulam itu telah tercalar bila rahsia yang Fauzan simpan terbongkar. Mampukah Fauzan meyakinkan Ellina?
Dapatkah mereka menyimpan rasa rindu dan cinta selama-lamanya?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.