Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • _JODOH HAK MILIK ALLAH.png

JODOH HAK MILIK ALLAH

RM 25.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: PENULISAN2U
PENULIS: SITI KHADIJAH
"Daripada kebetulan itulah akan mengalir satu ikatan yang kuat dan ia akan menghasilkan jodoh."
Itulah prinsip dan kepercayaan yang dipegang oleh Marissa. Bagi Marissa, kebetulan dan jodoh
datang seiringan. Dengan prinsip dan kepercayaan itulah dia mencipta 'permainan jodoh'
untuk menguji sejauh mana kekuatan jodoh antara dia dan lelaki yang cuba mendekatinya. Beberapa
orang lelaki yang cuba menyahut cabaran Marissa, tetapi semuanya gagal.
Namun, pertemuan demi pertemuan secara tidak sengaja dengan lelaki di Dubai berada di luar jangkaan
Marissa. Sikap lelaki itu yang menjengkelkan, memaksa Marissa untuk menjauhkan diri. Makin dia cuba
menjauh, makan acap kali dia terserempak dengan lelaki itu.
"Baru saya perasan, masa dekat Burj Khalifa tadi pun awak ada sekali. Dekat mana saya pergi mesti saya
terserempak dengan awak. Awak ni siapa sebenarnya?" - MARISSA
" Saya bakal imam awak..." - HANS YUSUF
HANS YUSUF, lelaki yang punya segalanya kecuali jodoh. Percutian singkatnya ke Dubai menemukan dia

dengan Marissa. Tanpa sedar, hatinya terpaut sejak kali pertama dia terpandang gadis itu. Namun,
untuk mendapatkan sekeping hati Marrisa bukan mudah. Dia perlu melepas ujian jodoh yang telah
dicipta oleh Marissa bagi menentukan kekuatan jodoh mereka. Hans terkedu!
" Kalau awak jumpa semula wang kertas yang tertulis nombor saya dan nombor awak tadi, awak boleh
call saya. Begitu juga sebaliknya, kita dah letak nombor kita dekat duit tu kan? Kalau jodoh, pasti kita bertemu." -
MARRISA

" Saya ikut apa yang awak nak ni bukan sebab saya percaya akan ujian jodoh awak tu. Semua ni saya
lakukan disebabkan awak. Hanya awak." - HANS YUSUF
Ternyata, Hans akhirnya gagal dalam ujian jodoh Marissa. Timbul rasa kecewa dalam diri Marissa kerana
jauh di dasar hatinya dia turut tertarik kepada Hans walaupun pertemuan mereka hanya seketika.
Hans turut kecewa. Dek hatinya yang kecewa, satu rancangan telah diatur untuk menyedarkan Marissa
daripada mimpinya.
Sedangkan Marissa keliru apabila wujud lagi pertemuan antara dia dan Hans walaupun ada lelaki
lain yang telah berjaya melepasi ujian jodohnya. Benarkah lelaki itu jodoh yang ditakdirkan untuknya?
Mampukah dia menafikan cinta yang wujud untuk Hans demi mengejar jodoh dengan caranya yang
tersendiri? Atau sememangnya cinta dan jodoh itu tidak sehaluan?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.