Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • kasih.png
  • 9789672321293.jpg

NOVEL MELAYU - KASIH DIA TANPA SEMPADAN

RM 29.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Kau layak dapatkan yang terbaik, tetapi maaf kerana aku tiada yang terbaik untuk diberikan… “Hai, saya Nadrah. Panggil Nad je. Awak kan Rasy…” “Rasyad. Saya Rasyad.” Dan itulah kali pertama mereka berjumpa, di KLIA, sebelum berangkat ke Da Nang. Berjalan merantau dengan orang yang dia tidak kenal? Nadrah rasa semua itu kerja gila. “Awak bebas dengan plan awak dan saya pun bebas dengan plan saya.” Itu yang direncanakan Nadrah namun seringkali dia terserempak dengan Rasyad di kota asing itu.
Pelbagai insiden berlaku sehingga hubungan mereka menjadi rapat. Dari Da Nang, Rasyad sanggup mengikuti Nadrah ke Saigon sebelum meneruskan perjalanan merentasi Vietnam-Kemboja dan Thailand. “Forget me not.” Itu kata-kata terakhir Rasyad sebelum mereka berpisah di lapangan terbang Don Mueang. Nadrah menyangka dia akan bertemu lelaki itu di tanah air tetapi Rasyad yakin bahawa itu adalah pertemuan terakhir mereka. Bertahun-tahun lelaki itu hilang tanpa khabar.
Padanya hanya sebuah buku dan poskad serta sebuah topi pemberian lelaki itu sebagai tanda perpisahan, perpisahan yang dia sendiri tidak tahu akan terjadi. Bertahun Nadrah hidup dalam kenangan dengan harapan lelaki itu akan datang mencarinya semula seperti yang pernah dijanjikan dahulu. “What if kalau saya hilang lagi? - Nadrah “Saya akan cari awak. Sampai jumpa.”- Rasyad Bertahun berlalu dan akhirnya sebuah nota di dalam buku pemberian Rasyad membongkar siapa dia sebenarnya.
Nadrah kesal, selama ini dia hanya membiarkan buku itu di atas rak tanpa langsung menyentuhnya sedangkan di dalamnya ada sesuatu yang akan membawanya kepada lelaki itu. “Go away Nadrah. Saya tak nak jumpa awak. Pergi… Dan jangan cari saya lagi.” Nadrah terkedu sendiri, apa salahnya?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.