Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template_novel.png

KATAKAN TIDAK PADA CINTA

RM 26.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: PENULISAN2U
PENULIS: NURUL SHUADA
Dendam masa lalu telah menghapuskan perkataan ‘cinta’ dari kamus hidup Inspektor Muhammad Afham Nazhan. Sisa yang tinggal sekarang hanyalah untuk memastikan Roy diberkas dalam tangannya sendiri. Kematian kekasihnya beberapa tahun yang lepas perlu dituntut bela!

Detik tengah malam di dalam sebuah hutan belantara. Detik yang sedang bermula segalanya.

Dengan hanya berniat untuk membantu seorang inspektor polis yang tercedera, Cinta Fiska mempertaruhkan keselamatannya demi amalan ‘budi bahasa budaya kita’. Namun, lelaki yang diselamatkannya itu bukanlah jenis yang mengenang budi. Bercakap dengan Afham serupa bercakap dengan hantu. Bahasanya sentiasa keras dan kasar.

“Yang kau tampar pipi aku tanpa kebenaran apasal? Pipi aku ni bayar zakat, kau tahu tak? Suka hati mak bapak kau aje, kan?!” – Muhammad Afham Nazhan

“Bayar zakat pipi ke kepala?” – Cinta Fiska

Masing-masing membawa diri. Afham dengan dendamnya dan Fiska dengan misi pencarian abang kandungnya. Sekali lagi mereka berdua dipertemukan bersama Darish Izuan. Tanpa sengaja, hati Darish terusik. Nama indah Cinta Fiska mula meniti di bibir. Keadaan bertambah rumit bila siang dan malam Fiska pula hanya memikirkan Afham.

“Saya ni dah gila ke? Normal ke setiap detik saya fikirkan tentang awak, Am? Saya dah mula rindukan awak ke? Kalau saya dah tersuka awak, boleh tak awak sukakan saya balik?” – Cinta Fiska

Cinta segi tiga. Darish cintakan Fiska. Fiska pula cintakan Afham. Tetapi, Afham?

Ada banyak sebab mengapa Afham tidak membalas cinta Fiska. Dia perlu mengalah demi kebahagian sepupunya, Darish. Dia buntu dengan kebenaran yang baru saja terbongkar tentang Roy. Tambah pula dengan konflik lampau keluarga besarnya. Tetapi, mengapa semuanya tidak berjalan seperti yang dirancang? Mengapa hanya mulut katakan tidak, sedangkan hatinya sudah bersumpah ‘tiada Fiska bermakna tiada cinta’?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.