Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • KHURAFAT, TAHYUL & MISTIK DI ALAM MELAYU .png

KHURAFAT, TAHYUL & MISTIK DI ALAM MELAYU 2020

RM 20.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: PTS
Penulis: AHMAD ZAHIRUDDIN MOHD ZABIDI

"Masalah ini timbul kerana agama Islam datang kemudian. Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu sudah banyak mengumpul nilai agama lain termasuk animisme, Hindu dan sebagainya. Mereka takut hendak meninggalkan nilai agama yang lama. Akibatnya, yang lama disimpan manakala yang baharu diambil. Malah sehingga kini, kita dapati orang yang mempraktikkan ajaran Islam dan menunaikan semua rukun Islam dengan baik, serta menjaga sembahyang dan puasa juga masih menyimpan amalan yang lama. Walaupun mereka bukan setakat menunaikan puasa yang wajib pada bulan Ramadan, malah puasa-puasa sunat yang lain, menunaikan fardu haji lebih daripada satu kali, tetapi pada masa yang sama tidak mahu meninggalkan amalan yang lama. Sekiranya mereka membela hantu raya, mereka tidak mahu membuangnya. Sekiranya boleh, mereka mahu simpan kedua-duanya sekali." - Prof. Emeritus Dato' Paduka Zakaria Stapa
"Sebagaimana dinamisme, animisme juga tidak hilang dengan kedatangan berbagai-bagai agama di rantau ini. Bahkan sehingga sekarang masih hidup. Meskipun majoriti penduduk Nusantara sudah menganut agama Islam yang anti-syirik dan tidak mengakui suatu kuasa pun selain daripada kuasa Allah SWT. Sebahagian umat Islam masih lagi mempercayai kuasa-kuasa roh inii, memuja dan mengharapkan pertolongannya. Dalam banyak perkara, elemen dinamisme dan animisme dicampuradukkan dengan ajaran Islam supaya fahaman dan kepercayaan ini tidak ditolak oleh umat Islam" - Dr. H. O. K. Rahmat S. H.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.