Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template_agama2.png
DISCOUNT 15%

[AL-HIDAYAH] KITAB KUNING: TERJEMAHAN HIKAM JAWI

RM 32.30
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

SINOPSIS  


 Al-Hikam merupakan sebuah karya ulama terkenal iaitu Syeikh Ibnu ‘Athoillah rahimahullah. Kitab ini membicarakan berkenaan Ilmu Tasawuf yang menerangkan hikmah-hikmah bagi menyucikan diri dan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menerapkan kebergantungan hanya kepada Allah Ta’ala semata-mata. 

Terjemahan Al-Hikam Jawi merupakan transliterasi daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi tanpa sebarang pindaan terhadap struktur ayat dan gaya bahasa bagi mengekalkan maksud asal penulis dan bagi memudahkan para penuntut ilmu mengikuti pengajian. Kitab asal ialah dalam tulisan jawi berjudul Hikam Jawi merupakan syarah bagi kitab Al-Hikam Ibnu ‘Athoillah yang disyarahkan oleh ulama tersohor Tanah Melayu iaitu Tokku Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik bin Abdullah. 

Semoga dengan kehadiran buku ini dalam tulisan rumi akan lebih memudahkan para pembaca dan penuntut ilmu mencedok dan menggali permata-permata yang bernilai daripada kalam hikmah dua ulama besar ini, sekaligus mendatangkan manfaat yang besar dalam melahirkan masyarakat yang penuh hikmah dan berserah diri semata-mata kepada Allah Rabbul Jalil

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.