Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search

KITAB LENGKAP PANDUAN SOLAT

RM 14.90
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: AR-RISALAH
PENULIS: UST. DANIEL ZAKARIA
Buku ini menjadi panduan asas kepada anda untuk memahami ibadah solat yang menjadi tiang agama.
Buku ini dilengkapi dengan ilustrasi yang mudah difahami dan keterangan serta hukum-hukum sebelum
dan selepas dilakukan.
Buku ini juga memuatkan amalan wirid dan doa selepas solat berserta terjemahannya. Mudah-mudahan
pengajian buku ini dapat mempermudahkan khususnya kanak-kanak memahami kepentingan ibadah
solat serta cara mengajarkannya dengan betul dan sempurna.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Sesunggunya Allah SWT berfirman:
' Barang siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang kepadanya, dan hamba-Ku tidak
dapat mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada yang telah
Aku wajibkan, jika hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan sunnah, maka
Aku mencintai dia, jika Aku sudah mencintainya maka Aku-lah pendengarannya yang dia jadikan untuk
mendengar, dan pandangannya yang dia jadikan untuk memandang, dan tangannya yang dia jadikan
untuk memukul, dan kakinya yang dijadikan untuk berjalan, jika dia meminta kepada-Ku, pasti Aku
memberi, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku, pasti Aku melindunginya..."

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.