Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template_umum1.png

KONSPIRASI & EKSPLOITASI SAINTIS BARAT PSEUDOSAINS

RM 38.90
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN : HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
PENULIS : MALEK MUHAMAT SAID
Majoriti pendukung doktrin evolusi Darwinisme (Darwinisme Sosial) adalah para saintis paleoantropologi yang bersandar sepenuhnya kepada rasionalisme. Mendakwa menggunakan kaedah saintifik tetapi sering dituduh mengeksploitasi retorik imaginasi, fantasi dan ilusi. Hampir kesemua mereka adalah golongan agnostis, skeptis dan ateis yang hidup tanpa pegangan agama. Mereka mengeksploitasi dan memanipulasi bidang sains persejarahan sehingga bidang berkenaan dicemari dengan fiksyen dan dongengan pseudosains.

Asas pegangan mereka dimulakan dengan sangkaan iaitu apabila sesuatu proses evoulsi berlaku terhadap sesuatu hidupan maka akan mucul suatu spesis yang baru. Kononnya, setiap spesis baru yang menjelma akan memiliki struktur dan bentuk yang lebih berdaya saing, kompleks dan maju. Menggunakan daya imaginasi dan fantasi, mereka mendakwa telah wujud beberapa sepsis beruk besar purba (primat) jutaan mengalami mutasi dan seterusnya bervolusi sehingga termuncullah spesis peralihan (hominid) yang berkesudahan dengan kemunculan keturunan manusia (genus homo) yang wujud sehingga ke hari ini.

Bagi umat Islam, polimik dan kecelaruan fikrah yang berlaku di kalangan ahli sains Barat itu perlu ditanggapi melalui perspektif Islam supaya pegangan akidah setiap muslim itu tidak mudah tergelincir. Sayugianya, setiap muslim perlu berwaspada dan menyelidik terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu yang dibawa oleh orang lain terutama daripda Barat.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.