Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template_novel.png

KUSUT DI HUJUNG, BALIK KE PANGKAL

RM 25.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: KARYA SENI
Penulis: AZWIN NALISA

"Abah doakan kamu bertemu jodoh yang lebih baik lepas ni."
"Alamak. Laku lagi ke anak abah ni? Dah kira second hand tau."
"Bukan second hand. Antik. Barang antik ni, lagi lama lagi mahal. Ada aje yang suka barang antik."
"Biasanya yang suka barang antik ni, orang tua-tua, mak. Habislah Nida."
Nida Amelia. Penderitaan lalu akan dilempar pergi jauh dari hidupnya. Dia kini insan yang lebih kuat dan kental. Memandang wanita itu pertama kali, dengan mudah Airil mendekatinya. Dan satu hubungan yang harmoni pun terjalin. Sampaikan Airil juga terlupa yang dia baru saja dituduh lelaki songsang. Entah kenapa dengan wanita cantik itu, dengan mudah dia mendekat walaupun berserta pakej. Ya, pakej bersama anak segera. Nida janda anak dua.
"Handsome sangat ke saya ni sampai tanya sarapan pun tak ada jawapan?" - AIRIL
"Sorry. Saya termengumpat awak dalam hati. Soalan apa tadi?" - NIDA AMELIA
Airil tidak pernah putus asa dalam menunggu Nida menyerahkan hatinya. Sungguh sukar menembusi tembok pertahanan Nida yang enggan membenarkan cinta baru masuk ke dalam hidupnya. Baginya, cukuplah Akhbar dan Iman cinta sejatinya. Kisah lama tak ingin lagi diulang. Hatinya tidak bersedia untuk dihancurkan lagi.
"Tahu. Saya bukan budak hingusan, Nida. Saya memang sukakan awak dan saya memang nak hidup bersama awak. Saya rasa dah banyak kali juga saya bagi hint. Dan dah banyak kali juga awak tolak saya." - AIRIL
"Saya ada Iman dan Akhbar, Airil. Memutuskan untuk bekahwin dengan saya ibarat awak sedang berada di atas puncak bukit yang terlalu curam dan bila-bila boleh terjatuh ke dalam laut. Sama ada awak tenggelam terus atau boleh hidup sebaik saja jatuh." - NIDA AMELIA
Tragedi yang menimpa Airil akhirnya menyentakkan Nida. Dia perlu membantu lelaki budiman itu. Airil ditinggalkan terpinga-pinga. Tragedi itu membuatkan Airil hilang arah, juga hilang tempat berpaut kasih. Apakah tragedi yang telah meluluhkan segenap jiwa Airil?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.