Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • lipur.png
  • 12a15673665a7678e4e377a9fa37e5fd1595899270-nm.jpg

[PATRIOTS PUBLICATION] - LIPUR LARA NUSANTARA by Ninot Aziz - SMO

RM 28.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

LIPUR LARA NUSANTARA


Pasti anda semua tertanya-tanya, apa kepentingannya untuk tahu akan hikayat, mitos dan legenda ini yang mungkin dianggap sekadar dongeng semata-mata. Tetapi itulah keindahan budaya Nusantara dan ketinggian bahasa serta pemikiran masyarakatnya yang merakamkan sejarah dalam bentuk seni dan sastera supaya ia mudah diterima dan dihadam minda.

Kisah Hang Tuah, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Sang Kancil merupakan sebahagian kecil sahaja daripada pelbagai lagi cerita rakyat di Nusantara. Namun untuk pengetahuan anda semua, masih terdapat pelbagai lagi cerita rakyat, hikayat, legenda yang tidak banyak diketahui oleh masyarakat.
Misalnya, kisah empat ratu Pattani mentadbir negara dengan penuh berwibawa dan berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh serta bagaimana Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bertarung hebat sehingga kawasan pertarungan menjadi padang jarak padang tekukur.

Lipur Lara Nusantara akan membawa anda semua menggali sejarah melalui cerita rakyat, hikayat dan legenda supaya pengajaran yang tersirat di dalamnya dapat kita pelajari bersama-sama.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.