Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • NOVEL.png
  • 9789671620939-375x500.jpg

LOVE IS BLIND-SUARA HATI PUBLICATIONS

RM 28.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: SUARA HATI PUBLICATIONS
PENULIS: NURHARYATI ISHAK
Zachary: Dari benci cinta itu datang. Kerana cinta, aku tidak boleh melepaskan kau pergi. Kecelakaan
yang berlaku kepada aku bukan asbab untuk aku menjerat kasihmu. Biar aku dianggap memenjarakanmu
di dalam sangkar emas. Demi memandangmu, mendengar suaramu saban waktu, aku terpaksa melupakan
sifat belasku.
Damia: Zachary, kau perdayakanku tanpa aku ketahui apa maksud sebenarmu. Memenjarakan di istanamu
bagaikan patung cendana. Kalau cinta, di mana sentuhan kasihmu? Aku diberi kasih namun, tidak dibaja.

Layakkah aku menjadi suri di hatimu? Tingkahmu adakalanya membuatkan sanubariku penuh curiga.
Tiga tahun pernikahan kita. Jijiknya aku rasa diri ini apabila kau sendiri tidak sudi menyentuhku selayaknya
sebagai seorang isteri yang sah.
Kerana cinta mereka berpisah. Apa yang terjadi kerana tidak sengaja. Hati Damia sangat terluka
membuatkan dia sudah tawar hati. Keadaan itu membuatkan Zachary hampir-hampir hilang nyawa. Namun
demi cinta yang masih ada, mereka bersatu kembali. Namun, sikap Zachary masih tidak berubah. Sampai
bila Damia harus menunggu dirinya disentuh oleh lelaki itu? Perlukah dia menagih nafkah yang tidak
pernah terzahir itu?
Pabila dugaan mendatang, hati cepat benar berprasangka. Damia kalah dengan cemburunya. Tindakan
Zachary tanpa belas telah meruntuhkan tembok kepercayaan Damia terhadap lelaki itu. Kebencian
tertanam di lubuk sanubarinya sehingga dia memadamkan terus nama Zachary dalam kamus hidupnya.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.