Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • MALACCA.gif
  • malacca.png

MALACCA HAS FALLEN [NOVEL]

RM 28.90
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: KARYA PUBLIKA
Penulis: IZZUDDIN AL JITRAWIY

Hobi aku memang suka berangan dan termenung, berimaginasi akan sesuatu yang mustahil padahal ianya benar! Silap-silap, bayangan gambaran yang aku menungkan jauh lebih hebat daripada apa yang aku fikirkan. Kereta kuda berhenti sekali lagi. Hah, apa pula sedang berlaku? Rupa-rupanya, kami sudah sampai di perkarangan mahligai istana Melaka. Kami perlu berjalan kaki untuk sampai ke perkarangan utama mahligai istana.
Kami mengorak langkah dengan perlahan dan aku sempat melihat beberapa orang pembesar yang lain dengan karisma mereka yang tersendiri. Ada yang berwajah agak bengis, ada yang agak tenang dan juga yang selamba sahaja wajahnya. Tapi, paling ketara yang aku nampak pada antara pembesar-pembesar tersebut, mereka mempunyai karismanya yang tersendiri. Tidak mampu aku gambarkan kerana karisma mereka itu menggambarkan tugasan atau amanah yang mereka pikul.
Tetiba, dari jauh, aku melihat seseorang yang sedang berjalan dengan penuh kemas, karisma dan bergaya, gagah orangnya tapi tak pula sombong malah rendah diri orangnya. Bahkan, dihormati orang ramai di sekitarnya. Mustahil, dia adalah orang yang sangat aku kagumi. Selangkah demi selangkah dia semakin dekat ke arahku. Apakah benar dia adalah LAKSAMANA HANG TUAH?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.