Terbitan: PTS
Penulis: DR. ADE HASHMAN
Kematian itu berlaku setiap hari, di mana-mana sahaja, dan kepada sesiapa sahaja apabila sampai waktu ajalnya, tanpa mengira agama, pendidikan dan status sosial. Bahkan ia semakin kerap berlaku di sekeliling kita sepanjang musim pandemik ini.
Banyak buku yang memperkatakan tentang kematian dengan tajuk dan pendekatan yang pelbagai. Namun, buku ini memberikan perbahasan dan pendekatan baharu dalam melihat kematian.
Sebagai pakar anestesia (bius), Dr. Ade Hashman memahami dan dapat menerangkan dengan terperinci tentang permulaan kehidupan daripada pembentukan tisu sel janin hingga fasa pertumbuhan dan kerosakan yang berakhir dengan kematian.
Buku ini mengupas secara ilmiah aspek kematian dan melengkapkannya dengan analisis falsafah, psikologi dan teologi, serta pengalaman empirikal Dr. Ade Hashman selaku penulis semasa merawat pesakit yang sedang menghadapi kematian.