Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search

MENYINGKAP KENIKMATAN & KEINDAHAN SYURGA

RM 29.90
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: HR PUBLISHING
PENULIS: SYED MAHADZIR BIN SYED IBRAHIM
Syurga atau Al-Jannah bahasa bermakna kebun (al-bustan) atau kebun yang di dalamnya terdapat
pepohonan. Bangsa Arab juga biasa menggunakan kata al-jannah untuk menyebut pohon kurma. Secara
istilah, syurga ialah nama yang umum mencakup sebuah tempat yang telah dipersiapkan oleh Allah SWT
bagi makhluk yang mentaati-Nya, di dalamnya terdapat segala macam kenikmatan, keindahan, kelazatan,
kesenangan, kebahagiaan, dan kesejukan pendangan mata. Syurga juga disebut dengan berbagai nama,
antaranya Darus Salam (Negeri Keselamatan), Darul Khuld (Negeri yang Kekal), Jannatun Na'im (Syurga
yang Penuh Kenikmatan), Al-Firdaus dan lain-lain lagi.
Keindahan dan kenikmatan di syurga tidak dapat digambarkan oleh akal manusia fana. Pelbagai kisah
tentang syurga sering diceritakan dalam berbagai surah Al-Quran, sebagai tempat keabadian berupa
jannah (taman yang indah atau kebun) yang terdapat sungai-sungai mengalir dibawahnya.
Allah s.w.t berfirman: 'Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa ialah
seperti taman mengalir sungai-sungai di dalamnya: buahnya tidak henti-henti, sedang naungannya
(demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa; sedang tempat kesudahan
bagi orang-orang kafir ialah neraka.' (surah Ar-Ra'd:35)

Sesungguhnya, syurga adalah negeri kemuliaan yang abadi iaitu negeri yang penuh dengan kenikmatan
dan keindahan maha sempurna. Kenikmatan dan keindahan yang telah Allah SWT sediakan bagi
orang-orang yang bertakwa. Betapa agungnya nikmat syurga jika dibandingkan dengan kesenangan dunia.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.